Monday, October 4, 2010

Ku Li Tidak Layak Jadi Calun DUN Galas

Fatmi Salleh Untuk Dun Galas - Sakmongkol AK47
Saya rasa orang yang paling layak jadi calun ADUN di Glas ialah SU Politik PM, iaitu Fatmi Salleh (gambar) dia adalah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Oleh kerana peluang untuk Fatmi menang di Kota Bharu dalam kapasiti apa pun sangat tipis dan kosong, maka elok dia di beri peluang untuk jadi ADUN. Dia pun tidak pernah jadi ADUN jadi elok dia di beri peluang supaya rakyat Kelantan dapat menikmati kepimpinan dan perkhidmatan Fatmi.
Tidak perlu kita hendak memaksa Ku Li jadi ADUN Galas. Saya sudah sebut, cubaan ini sama seperti menggunakan kuda lumba untuk menarik kereta lembu. Apabila kita meletakkan pemimpin pada tempat yang tidak kena dengan kapasiti dan kemampuan, nya, ia menunjukkan kecetekan minda kita.
Cuba kita lihat rekod Ku Li. Dalam pertandingan UMNO melawan Dr Mahathir, dia hanya kalah 41 undi. Itu pun keputusan tersebut sangat sangat mencurigakan. Dia juga pengasas parti Semangat 46. Dia bekas menteri kewangan. Dia pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera yang pertama. Dengan latar belakang rekod seperti ini, lojik mengatakan Ku Li patut di beri tempat dalam barisan kepeimpinan negara, bukan negeri. Biarlah kepimpinan negeri di terajui oleh orang seperti Fatmi,
Lagi pun jika Fatmi di pilih sebagai calun, dia bukan sahaja membawa diri nya dan menebus kekalahan nya di Kota Bharu, tapi membawa dan mewakili suara PM. Tidak mungkin suara keramat PM tidak laku di DUN Galas? Lagi pun, standard Fatmi hanya sesuai untuk tahap DUN sahaja. 
Rakyat DUN Galas jika pilih Fatmi akan mendapat suatu lorong penghubung secara lansung kepada PM. PM Najib pula patut beri peluang kepada Fatmi daripada memberi peluang dia menyibuk di pejabat PM. Bukan kah Fatmi ini kalah sebagai calun parlimen KB dan patut lah di beri peluang untuk berkhidmat sebagai ADUN Galas. Saya percaya, Fatmi dapat menyalurkan 1001 bantuan dan kemewahan kepada rakyat Galas. Beras, kambing, rumah PPRT, lembu dan kerbau, beg sekolah, basikal, atap rumah, kasut dan lain lain. 
Ada banyak benda yang tak kena dengan DUN Galas. Pertama, lazim nya, yang menjadi pengarah pilihanraya kecil ialah timbalan presiden UMNO dan TPM. Dia akan di bantú oleh ketua Perhubunan UMNO Negeri. Tidak pernah terjadi Ketua Bahagian menjadi pengarah Operasi. Memang betul, walaupun tidak pernah terjadi, tapi tidak mustahil di lakukan.
Apakah UMNO sudah ketandusan bakat pemimpin sehingga mahukan Tengku Razaleigh jadi calun ADUN? Ini membayangkan penggunaan bakat yang tidak bijak. Pengalaman dan ketokohan TRH sepatutnya di manfaatkan untuk kepentingan di peringkat nasional. 
Saya rasa Ku LI tidak perlu membuat lebih dari apa yang sepatut di lakukan oleh seorang Ketua Bahagian. Iaitu memobilisasikan jentera pilihanraya, memastikan kemudahan untuk tukang kempen dari luar di layani dengan baik. Dan seperti di mana mana PRK, biarlah pasukan luar ini yang buat kerja lebih. Pasukan tempatan hanya berfungsi sebagai pemudah cara dan jadi pemandu pelancung. 
Peranan Ku Li adalah lebih besar dari peranan ADUN. Dia boleh menjadi suara penyatu suatu caucus- yakni perhimpunan ahli politik yang berstau fikiran melihat keadaan yang berlaku dalam negara kita.
KU Li merupakan satu satu nya pemimpin yang bertaraf negarawan yang di hormati oleh lebih banyak pihak dari mana mana tokoh pemimpin yang ada sekarang. Dia mendapat penghormatan dan sokongan dari non partisan polítical forces. Yang demikian, Ku Li mempunyai potensi untuk di jadikan faktor penyatu kepada tenaga tenaga yang mahu menyelamatkan Malaysia. Saya merasakan lebih elok, kita memanfaatkan Tengku Razaleigh dalam kapasiti ini. 
Dan perkara ini patut di teliti dengan halus oleh ahli UMNO sendiri. Jika apa apa berlaku kepada UMNIO yang ada sekarang, sekurang kurang, peluang untukk menyelamatkan UMNO masih ada pada Ku Li. Kita mesti faham perkara ini. - Sakmongkol AK47

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...