
Siapa Sebenarnya Calon BN Di Galas .. Aziz Atau Ju Li?
Bahang pilihanraya kecil N.45 Galas semakin hangat, apabila pelbagai sepanduk dinaikkan oleh parti yang bertanding. Namun begitu, timbul persoalan apabila sepanduk yang dinaikkan oleh BN lebih banyak menentang calon PAS dan menonjolkan pengarah pilihanraya mereka, Ku Li berbanding calon.
"Ku Li jaga hak kita", "Ku Li Intelek" dan sebagainya, namun tiada langsung sepanduk mempromosi calon mereka sendiri, Abdul Aziz Yusof, seolah-olah beliau tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk dijadikan modal kempen.
Ujarnya lagi, "Encik Aziz tidak bersalah di dalam perkara ini. Umno meletakkan calon mereka berdasarkan hierarki jawatan di dalam parti, bukan berdasarkan kemampuan individu seperti yang diamalkan PAS. Oleh itu tidak hairan jika mereka mempertaruhkan mana-mana individu tetapi mempromosi individu lain kerana semua ini adalah untuk kepentingan politik mereka."
"Namun rakyat kena pilih calon yang bertanding, bukannya pengarah pilihanraya".
"Apa guna pengarah peperiksaan yang berhempas pulas membaca sedangkan yang harus menjawab soalan peperiksaan adalah calon. Begitulah yang dibuat Umno."

"Mereka berkempen dan menaikkan sepanduk Ku Li seolah-olah yang bertanding adalah Ku Li bukannya Abdul Aziz kerana mereka tahu Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat di sini. Namun prestasi pengarah tidak mencerminkan prestasi calon." tegas beliau./IntanHijau
No comments:
Post a Comment