Kritikan Ku Li Jadi Modal Kempen Pas
Kritikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno Barisan Nasional (BN) akan dijadikan modal kempen jentera Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun tetap menganggap pertarungan DUN itu bersifat pertempuran antara Pas dan Umno-BN, bukannya individu.
"Beliau banyak kritikan tentang ekonomi dan sebagainya. Itu kepincangan Umno yang beliau sendiri dedahkan. Semua inilah yang menjadi bahan penerangan kami dalam pilihan raya kecil Galas.
"Ku Li seorang ahli politik veteran dan dalam banyak hal, saya anggap dia sebagai negarawan. Jadi, saya menganggap Galas ini bukan pertandingan antara Pas dan Ku Li. Tidak sama sekali. Kami anggap peperangan ini antara Pas dan Umno," katanya.
Menegaskan Pas tidak gentar berhadapan dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Umno BN DUN Galas walaupun menghormati karisma dan keperibadian Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.
"Sebagai orang yang sifatnya setia kepada parti, terpaksa menjadi pengarah pilihan raya itu.
Mengulas kesediaan Ahli Parlimen Gua Musang itu 'menerima' tugasan berat, Dzul berpendapat ia menunjukkan betapa Ku Li adalah seorang negarawan berani, berjasa serta menjadi 'suara' perubahan terhadap Umno.
Kata Dzulkefly, 'tekanan' yang diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan betapa kombinasi ini bertentangan dengan semangat Umno.
"Beliau adalah seorang jauh leboh hebat peribadinya berbanding kedua-dua individu itu. Bila mereka memberi kata dua terhadap Tengku Razaleigh tentang isu kaukus royalti minyak Kelantan, itu menunjukkan mereka berdua tidak berwibawa dan menekan seorang negarawan,” katanya.
Sentimen sama turut diakui Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang nyata terharu dengan kesanggupan Razaleigh walaupun berhadapan dengan 'perangkap' Umno.
"Saya merasa begitu terkesan dan tersentuh hati saya apabila saya mendengar dia sanggup menerima desakan menjadi pengerusi pilihan raya.
"Maknanya dia menggunakan kebijaksanaannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang walaupun dia tahu tawaran yang diberi Umno itu untuk menjatuhkan dia, seolah-olah menghinakan dia," katanya.
Azan yang juga menganggap Umno tidak tahu menilai pemimpin parti yang berpengalaman luas dan mempunyai keistimewaan lantaran ketamakan dan keghairahan untuk menang.
“Kalau nak bunuh seekor nyamuk, kita tak perlu pakai senapang gajah. Memanglah mungkin boleh capai matlamat tapi peluru senapang gajah itu boleh memusnahkan seluruh kampong. Umno sepatutnya tidak terlalu tertekan hingga mahu gunakan Ku Li demi kemenangan di Galas.
"Sebab itu, sejarah membuktikan, yang pemimpin Umno yang mempunyai legasi, semuanya meninggalkan Umno," kata beliau merujuk kepada Datuk Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahaman Putra dan Tun Hussein Onn-TVS
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment