Wednesday, June 13, 2012

Daftar Pemilih: Pakatan Rakyat akan jumpa SPR lagi

            Wakil Pakatan Rakyat akan mengunjungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi bagi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih yang dilihat gagal diselesaikan oleh suruhanjaya itu.
            Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Menurutnya, pasukan itu akan diketuai Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan akan disertai wakil PKR dan DAP.

Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR.

Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi

 
            Sistem pendidikan tinggi negara berasaskan pada dua tiang, iaitu hutang kepada pelajar dan mengkayakan kroni, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
            Berucap di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai malam semalam, Rafizi berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dipaksa berhutang.

“Baru sahaja keluar universiti, (pelajar) sudah menanggung beban hutang (sehingga) RM20,000 hingga RM30,000,” katanya.

Katanya lagi, tiang kedua iaitu mengkayakan kroni apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) terpaksa meminjam dana daripada bank dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Tuesday, June 12, 2012

Pengkhianatan BN memang realiti, bukan persepsi

 
              Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menutup kelemahan BN yang semakin terhakis sokongan dengan menyalahkan media baru yang menyebarkan fitnah kepada BN sehingga orang mula membenci dan membentuk persepsi buruk terhadap Umno BN.
               "Selama ini yang membuat fitnah ialah cyber trooper pro Umno cuba menggunakan media baru untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat namun tetap tidak berjaya," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Terbaru, katanya terdapat gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersalam dengan Ambiga, pada hal gambar asal Ambiga bersalam dengan Hillary Clinton.

Bimbang kedudukan tergugat, Najib ikut telunjuk Mahathir

  
            Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib Razak kini hanya mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bimbang kedudukannya sebagai orang nombor satu negara tergugat.
            Katanya, Perdana Menteri itu juga bukan sahaja tidak mempunyai idea malah hanya mengikut ‘arahan’ Mahathir.

“Najib ada pandangan bebas? Tidak ada…Oleh kerana Dr Mahathir sebut: Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia akan gadai negara. Dua minggu kemudian…Najib pun ikut kata (yang sama),” katanya di hadapan lebih 5,000 hadirin pada siri ceramah Merdeka Rakyat peringkat Selangor di Stadium Kajang, kelmarin.

Monday, June 11, 2012

PTPTN Bukti Dasar Tidak Matang Umno-BN

  
              Kerajaan Pusat Umno-BN barangkali tidak memahami antara tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul sehingga mengamalkan dasar tidak matang yang menjejaskan rakyat, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
               Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, seharusnya Umno-BN perlu tahu membezakan antara ideologi politik yang didukungnya serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai sebuah Kerajaan Pusat.

“Sepatutnya dia tahu membezakan antara politik untuk mendapatkan kuasa bagi memegang tampuk kerajaan dengan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar buat kerja untuk rakan politik sahaja.

Pinda Akta Kesalahan Pilihan Raya, Lindungi Penyelewengan Daftar SPR

    
         Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
             Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

“Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan.

“Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.

Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin


                Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.
                "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.
Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.
"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Sunday, June 10, 2012

Kalau banyak melakukan kesalahan, memang liat hendak melepaskan kuasa - Aspan Alias

   
           Hari demi hari undang-undang ketat yang menghantui rakyat semakin jelas dengan hampirnya pilihanraya umum ke-13 ini. Nampaknya kartun tidak boleh digunakan dalam pilihanraya ini, itu kata Timbalan Pengerusi SPRM. Dr Mahathir pula meminta kebebasan internet disekat dan seperti biasa Rais Yatim dengan pantas ‘merawikan’ kata-kata Dr Mahathir itu.

Tetapi cerita tentang pengundi haram yang didaftarkan di dalam senarai pengundi tidak juga diselesaikan oleh SPRM. Pihak berkuasa dan pemimpinnya asyik mentelaah bagaimana hendak sekat pihak pembangkang, tetapi kerja dan tanggungjawabnya untuk membersihkan senarai pengundi yang merupakan asas demokrasi itu sampai ke hari ini tidak diendahkan.

Faekah : Pengerusi PTPTN Beremosi Politik,’Kurang Cerdik’

    
          Kenyataan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said dianggap sebagai penuh emosi politik dan ‘kurang cerdik’.
              Demikian selar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika memberi kenyataan balas terhadap satu kenyataan Ismail sebelum itu.

Ismail dalam satu kenyataan berhubung penarikan semula keputusan pembekuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor berkata keputusan itu ditarik balik kerana tahu kononnya Kerajaan Negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan.

Saturday, June 9, 2012

PTPTN: Jangan banding epal dengan ikan yu


                  Dalam isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) menyindir 'kebijaksaan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menimbulkan kontroversi ini.
Mohamad berkata sepatutnya Khaled membuat perbandingan epal dengan epal dalam isu ini.
                 “Jgn bandingkan kerajaan PR selangor dgn kerajaan pusat. Banding mesti epal dgn epal. Bkn epal dgn ikan yu,” tulis beliau di laman Facebook beliau.

Mohamad menegaskan bahawa PR berjanji akan memberikan pendidikan percuma apabila ia diberi mandat untuk memerintah kerajaan pusat pada PRU13 bukan memerintah di peringkat negeri.

“Kenapa Menteri Pengajian Tinggi begitu tidak cerdik?” soal beliau.

PTPTN: Salah congak, BN terpaksa buat 'U turn'



                Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
               Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Sekat PTPTN, Mahasiswa mahu undi BN lagi?


             Biarpun pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) ditarik balik, namun anak muda kini kenal siapa itu BN, kata Mohd Azmi Abdul Hamid.
              Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, tindakan PTPTN yang direstui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya mendedahkan perangai kebudak-budakan kerajaan.

Pembekuan itu juga katanya menjelaskan bahawa slogan transformasi politik dan rakyat diutamakan, hanyalah kata-kata kosong yang tidak mempunyai nilai selain dendam politik murahan.

"Dengan bertindak seperti itu, generasi muda pasti akan mengenal dasar hipokrit BN.

Friday, June 8, 2012

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan UMNO BN

    
           Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.
              “Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.

Thursday, June 7, 2012

Jual rahsia negara: PKR cabar Najib jelaskan

(Azmin dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini) 
             
                                     Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara.
                      Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan Najib harus tampil memberikan jawapan bagaimanakah rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.


Sebelum itu, Azmin memberitahu pendedahan NGO Suaram bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara adalah satu krisis nasional yang mendesak tindakan segera.

Henti politik kotor, reformasikan sistem p’raya

             Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan terus memperjuangkan kewujudan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.
            “Kami adalah gerakan massa yang non partisan. “Tujuan kami ialah untuk meluaskan demokrasi di Malaysia dengan memperkasa semua pihak yang berkepentingan untuk berpegang kepada prinsip ketelusan sistem pilihan raya,” ujar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada Datuk Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Wednesday, June 6, 2012

Kenapa UMNO takut Melayu bebas berfikir dan berjaya berdikari?

  
           Kalau dulu tak ramai Melayu buka kedai aksesori kereta, tapi sekarang sudah ada Melayu yang buka. Kalau tak percaya pergilah ke Shah Alam, berjalanlah ke Bangi, sebesar-besar papan tanda dipacak atas kedai; ‘HAK MILIK BUMIPUTERA SEPENUHNYA’.
             Samalah juga dalam industri makanan, kalau dulu Melayu cuma bikin kuih bahulu di dapur belakang rumah, sekarang ramai dah buka bakeri, dah ada gerai dalam Tesco, dah ada ‘fried chicken’nya sendiri, salon dan spa pun berlambak-lambak.

Ini bererti, Melayu semakin mendominasi pasaran dan bersaing secara sihat di pasaran bebas. Kalau di Kuala Lumpur kita ada China Town di Petaling Street dan Little India di Brickfield, kita juga ada pasar Jalan Melayu di Masjid India.

AMK cabar Rais Yatim adakan debat Najib-Anwar

 
                  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengadakan ‘Debat Bakal Perdana Menteri’ di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim dengan ‘gentleman’ serta berpandukan prinsip demokrasi.
                  Bercakap dalam kenyataan, Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, cabaran debat itu bagi membalas gesaan Rais semalam agar Anwar berlawan secara ‘gentleman’ dan menghentikan keganasan termasuk demonstrasi jalanan bagi mengambil alih pemerintahan.

“Di samping menggesa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kepimpinan yang ‘gentleman’, mengapa Rais tidak mendesak Najib untuk berdebat? Bukankah berdebat itu adalah platform yang terbaik bagi rakyat menilai pandangan dan tawaran yang diberi oleh kedua-dua pemimpin?

Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno

   
        Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan.
          Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN.

Tuesday, June 5, 2012

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno

 
                  “Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja untuk perjuangan Islam,” tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
                   Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.

Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.

Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh

                       Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.
                      Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar kanan) beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...