Tuesday, July 17, 2012

Kaut untung anak beranak, Mahathir malukan negara


              Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.
              Beliau berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah syarikat perusahaan arak, San Miguel.

“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar,”

Monday, July 16, 2012

Mat Sabu : Isu FGVH Melibatkan Kepentingan Orang Melayu

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global...
  
             Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham kerana tindakan itu didakwa mengancam aset dan harta milik Melayu, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
             Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi “mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera”.

“Kita harap Yang Dipertuan Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

Muhyidin tidak sabar nak jadi PM


                 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.
                  Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Sunday, July 15, 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda Berakhir Aman

           Perhimpunan Oren Selamatkan Felda yang diadakan untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung hari ini berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
           Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan ini berjaya diadakan dengan aman apabila tiada sebarang tindakan provokasi dari pihak berkuasa seperti yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini.

“Ini membuktikan ketegangan yang berlaku dalam perhimpunan sebelum ini disebabkan adanya provokasi dari pihak tak bertanggungjawab termasuk pihak keselamatan sendiri.

“Hari ini Alhamdullilah, pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan profesional, beri kerjasama yang baik kepada kita,” kata Badrul atau dikenali juga sebagai Chegu Bard.

Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib - Shahbudin

  
                    Mahathirisme sering dianggap sebagai fahaman yang dipupuk oleh pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang mementingkan nepotisme dan kronisme melalui dasar penswastaan dan mewujudkan projek mega, pemusatan kuasa yang terlampau, cengkaman yang keras terhadap puak yang menentang sehingga wujud budaya takut di kalangan rakyat dan lain-lain elemen yang dianggap tidak demokratik.
               Itulah Mahathir dan Mahathirisme. Tetapi dunia kini sedang berubah. Mahathirisme tidak selamanya boleh diterima oleh rakyat. Generasi muda yang sentiasa sarat dengan maklumat, menolak mentah-mentah Mahatirisme ini kerana mereka sedar ianya faktor yang merosakkan negara dalam jangka panjang dan menyebabkan mereka yang berada di luar lingkungan kronisme dan nepotisme tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.  

             
Seterusnya baca lagi... DI SINI

Saturday, July 14, 2012

Selepas berjumpa PM, bekas wakil-wakil rakyat bersungut- Aspan Alias


Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini


Dah nak tergolek baru nak panggil kami.. > >Terus membaca DI SINI

Mahathir paling takut bila Anwar jadi PM

    
            Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
            “Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.

“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Agamawan Umno ‘bisu’ bila pimpinan BN mungkar


         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak golongan agamawan Umno yang   menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
         “Semua orang tahu anak Mahathir (Mohamad), Mirzan beli syarikat arak, San Miguel. Oh…kalau anak muda minum arak kamu hukum, mahu rotan, mahu penjara.

“Tapi pada pemimpin Umno, kamu diam! Ada kita dengar fatwa? Tidak ada…,” kata Anwar di hadapan 3,000 hadirin sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut menyelar sikap pemimpin Umno BN yang sering meniup sentimen perkauman dan keagamaan.

Friday, July 13, 2012

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula- Aspan Alias

  
          Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. 
           Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksasa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Najib pertahan ISA sebab tergugat tsunami politik 2008

 
                Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin terhakis, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.
             “Kenyataan terbaru (Datuk Seri) Najib (Razak) menunjukkan kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalahguna,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuh kerana tidak membantu survival politik pemerintah, malah menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.

Thursday, July 12, 2012

Nantikan kejutan besar di Sabah pada PRU 13 – Anwar

               Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
             “Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.
             “Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya,” katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.

DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdik


         Program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar berjaya mentransformasikan orang bodoh berlagak cerdik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
         Merujuk kepada tindakan dua orang yang mendakwa sebagai professor yang mengulas berita bohong Utusan Malaysia kononnya DAP akan bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, selain dari mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dari apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

"Kalau kita baca blog Datuk (Mohd) Ariff Sabri (Abdul Aziz) umpamanya (sakmongkol.blogspot.com), kita akan dapat membaca begitu banyak hujah yang kukuh bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

Rampas Selangor: Rakyat tolak rayuan PM

  
              Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyatnya pasti menolak rayuan Perdana Menteri agar memberi peluang kepada Umno BN untuk merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
               “Kita yakin rakyat tidak lupa pentadbiran Umno BN yang membiarkan rasuah berleluasa, pengurusan sumber-sumber semulajadi menguntungkan kroni sekaligus membebankan rakyat jelata dan hasil negeri dibolot untuk golongan tertentu sahaja.

“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berasaskan nilai-nilai reformasi berjaya merakyatkan pentadbiran negeri dan mengembalikan semula hasilnya kepada rakyat Selangor; Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Wednesday, July 11, 2012

Katanya 50 ribu orang sambut PM, kasihan…

                 Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke 13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.

Najib takut PRU, mageran kekalkan kuasa?


                Adakah pilihan raya tidak akan diadakan langsung jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan Barisan Nasional (BN)?
                Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, adakah Najib akan mengisytiharkan pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di bawahnya untuk membolehkan beliau terus berkuasa jika beliau terus tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan BN untuk mengadakan pilihan raya.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat.

Kes Fitnah II: Rayuan Peguam Negara bermotif politik – Peguam

Pada Najib isu dubur masih lagi sensasi untuk merangkap Anwar

 
          Rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan Fitnah II adalah bermotif politik.
           Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia dibuktikan apabila penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang,

Tuesday, July 10, 2012

DAP90: Politik Najis Umno - Mahfuz

(Keakrapan yang cuba dileraikan Umno) 
 
          Dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
             "Umno terlalu terdesak kerana takut kehilangan kuasa sehingga pendakyah utama parti itu tidak merasa bersalah sedikit pun bermain politik kotor.

"Ini satu lagi politik najis Umno," kata beliau ketika menolak pembohongan Utusan Malaysia kononnya DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) parti itu didakwa oleh akhbar tersebut akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

Isu tudung: Adun BN patut persoal Rosmah – Azmin

Sebagai wanita muslim, sepatutnya Rosmah wajid bertudung menutut aurat

             Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menempelak Adun Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung isu wanita tanpa tudung.
  
               Ia berikutan Adun BN mencetuskan isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobik dalam kawasan masjid.


Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikai kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid.

DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu


             Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.
Bagaimanapun, beliau hanya berkata “karut semua tu”.
             Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.

“Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja,” ujarnya.

Monday, July 9, 2012

Siasat penyelewengan bukan ugut pemberi maklum

(Rafizi dengan segala maklumatnya mengenai LRT Ampang) 
             Pendedahan Rafizi tentang skandal campurtangan Perdana Menteri dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent perlu disiasat bukan diugut dengan OSA.
           Ekoran itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan, apakah OSA ini untuk lindung skandal pemimpin dan menutup bangkai gajah dengan tudung saji.

"Pelik bin ajaib pendedahan untuk kepentingan rakyat salah, yang diminta ialah siasat bukan diugut dengan OSA," kata Idris dalam satu kenyataannya.

Baru-baru ini, polis memulakan siasatan ke atas Rafizi ekoran pendedakan beliau tentang kontrak yang di syarikat yang diterajui George Kent untuk membina LRT Ampang.

PKR Dakwa Syarikat Dari Perancis Berkaitan Scorpene Bakal Laksana Projek LRT Ampang

  
               Isu projek LRT Ampang makin menjadi tumpuan apabila PKR mendakwa sebuah syarikat dari Perancis yang ada kaitan dengan penjualan kapal selam ‘second hand’ bakal melaksanakan projek berkenaan.
                 Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan ‘atas angin’ sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit.

“Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam ‘second hand’ tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion,” dakwa Rafizi.

Sunday, July 8, 2012

Saya tidak benci Mahathir tapi ‘Mahathirisme’ – Lim

    
              Lim Kit Siang yang baru kembali dari lawatan empat hari ke Myanmar tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak tahu mengapa Lim membencinya.
             “Biar saya menekankan kepada Mahathir yang bukan beliau yang saya membenci dan menyukai tiga bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah serta rakyat Malaysia; sebaliknya apa saya menentang adalah kemunculan ‘Mahathirisme’ dalam senario politik Pilihanraya Umum ke-13,” kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tanggapan Mahathir itu salah sama sekali apabila mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi telah menolak Abdullah kerana telah “dianiaya olehnya”: “Kali terakhir Abdullah bertindak kurang baik dengan saya, rakyat tidak menyokong BN. Oleh itu, ada segelintir yang bersimpati dengan saya”.

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz


            Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
            Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.

Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

Saturday, July 7, 2012

Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA-Abby Abadi

   
              Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Tapak Pekan Selasa,Batu Kurau dalam satu program forum anjuran PAS kawasan Larut yang menampilkan seorang selebriti dan pelakon yang terkenal dalam drama bersiri kepolisian Gerak Khas,Abby Abadi.
             Terdahulu,pada tarikh yang sama Abby dijadual akan menyampaikan satu forum yang bertema “Untuk Mu Wanita” di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Selama(MAIS).Namun program tersebut telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak MAIS biarpun pengiklanannya telah tersebar meluas di seluruh kawasan Larut sejak sebulan yang lalu.

Dikhabarkan tindakan pembatalan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Khadir yang tidak senang melihat keakraban Abby dengan PAS sejak mutakhir ini

Makin lambat PRU, banyak skandal Najib terdedah


               Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya.
               Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.

“Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS


              Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
              Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.

“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Guna OSA: Transformasi Najib 'kosong'

             PAS menyifatkan tindakan menyiasat Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membuktikan transformasi Najib hanya cakap kosong.
             AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihak kerajaan khususnya polis sepatutnya melihat apa penyelewengan yang didedahkan, bukan mengugut si pendedah dengan OSA.

"Apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?.

Friday, July 6, 2012

Skandal LRT Ampang: Siasat Najib bukan Rafizi

    
              Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyelar tindakan pihak polis melakukan siasatan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
                 Menurutnya, tindakan terbaru terhadap Rafizi yang sebelum ini mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang itu lebih kepada melindungi mereka yang berkuasa.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

Skandal projek LRT: Usaha Najib takutkan saya sia2 – Rafizi

Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.
             Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

“Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?


            Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.
             Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.

Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

KEADILAN dedah kroni BN dapat RM244 juta projek selenggara kawalan trafik »

          Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendedahkan, kerajaan Umno BN memberikan kontrak penyelenggaraan sistem kawalan trafik di seluruh negara kepada kroni mereka.
         Katanya, projek bernilai RM244.5 juta itu diberi kepada Selex Sistemeni Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (AAT) dengan kontrak selama lima tahun.

Beliau berkata, berdasarkan dokumen sebut harga yang ditinggalkan di depan pejabatnya, anggaran penyelenggaraan untuk setiap tahun berjumlah RM45,142, 987.

Thursday, July 5, 2012

Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari


               Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.
              "Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.

Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan

   
             Kerajaan Kelantan telah meluluskan (menggezetkan) fasa pertama pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bermula dari Machang sejauh 29 kilometer dari 73 kilometer keseluruhannya.
               Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.

Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur.

Siapa Perdana Menteri, Rosmah atau Najib?

  
             Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi memberi gambaran negatif terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang sememangnya dianggap lemah kerana dikuasai isteri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.
              “Najib dilihat gagal melaksanakan tenggungjawab selama ini kerana isterinya acap kali dilihat mengambil alih tugas dan menghadiri majlis-majlis bersama rakyat,” katanya.

Semalam, Rosmah muncul dalam satu wawancara bertajuk “Ekspresi Remaja bersama Perdana Menteri” kelolaan rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1.

Bebaskan universiti dari pengaruh politik berkepentingan

 
        Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpindirian tegas dengan prinsip, universiti adalah tempat yang perlu bebas daripada mana-mana pengaruh politik kepartian.
         Universiti adalah tempat menajamkan nilai intelektual mahasiswa dan golongan ahli akademik. Ini bukanlah bermaksud menghalang perbincangan mengenai aspek politik di kampus secara total sama sekali.

Proses pembelajaran mengenai politik amatlah dialu-alukan demi mematangkan politik di kampus dan di peringkat nasional sekalipun, cuma apabila peringkat pentadbiran universiti mula dikawal oleh orang-orang politik itu adalah satu bahana kepada mahasiswa yang akan turut terheret dalam kancah permainan politik mana-mana pihak berkepentingan nanti. Akhirnya, mahasiswa juga yang jadi mangsa.

Wednesday, July 4, 2012

Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?


             Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.
            Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.

"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Najib takut bubar, strategi tidak menjadi


            Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin pilihan raya pada kali ini.
           Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.

Walaupun sepatutnya pilihan raya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya.

UMNO gunakan PERKASA untuk buat kacau?

            Slogan 1Malaysia sudah pun berkecai dan tidak dipedulikan oleh penyokong-penyokong UMNO-Barisan Nasional yang rasis dan ekstrem di mana mereka giat menjalankan kempen yang boleh menggugat perpaduan antara kaum.
            Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, penyokong UMNO dalam kumpulan pelampau kaum Perkasa dan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, terus memainkan sentimen perkauman.

Katanya, tindakan perkauman mereka termasuklah kempen menyebarkan rasa benci yang sengaja direka terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tuesday, July 3, 2012

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri, bukannya kesalahan orang lain - Aspan Alias..


                  Insiden yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu. 
                  Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang.

Pertuduhan baru kes Bersih 3.0 bukti penindasan politik – Anwar

 
               Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertuduhan baru yang dikenakan ke atasnya dan dua yang lain, sebagai penindasan politik yang didalangi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
                Ketua Pembangkang yang dituduh bersama Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin, berkata, pemimpin Umno BN memperkuda mahkamah untuk menyekat kebebasan politik pemimpin Pakatan Rakyat.

“Umno tak habis-habis menyusahkan orang. Ini semua penindasan politik,” katanya selepas pertuduhan dibaca depan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.

Kami mahu permit, bukan tayar- Pemandu teksi


            Rata-rata pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur yang ditemui Keadilan Daily melahirkan rasa kecewa atas kegagalan kerajaan memahami keperluan dan keperitan mereka.
            Menurut Selvam A/L Suppiah, berkata, pemandu teksi mahukan permit individu dan bukan tayar sepertimana diumukan kerajaan dengan pemberian vaucer.

“Kita tak mahu tayar, lagipun voucer itu cuma RM520, kita kena tambah duit sendiri juga, tayar tak penting, kami mahu permit saja,” katanya.

Tambah beliau, mereka terpaksa membayar sewa kereta, termasuk menanggung permit teksi syarikat. Hal itu menyebabkan mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.

Imej Umno mulai merudum di bawah Dr Mahathir - Tamrin

 
              Rakyat perlu menggunakan kuasa mereka bagi menyekat kerajaan yang boros daripada terus mentadbir negara ini, sekiranya tidak mahu negara hilang hala tuju pada masa akan datang.
              Bekas anggota parlimen Batu Berndam, Datuk Tamrin Abdul Ghafar (gambar) berkata, rakyat perlu bertindak bagi mengelakkan Malaysia terus hilang hala tujunya dalam menempuh masa depan yang gemilang.

“Perdana Menteri sekarang terlalu boros berbelanja tanpa memikirkan natijah buruk yang akan menimpa masa depan negara.

Monday, July 2, 2012

Ribuan di Himpunan Hijau Pahang sekarang

  
           Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang sedang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau di sini menarik kehadiran puluhan ribu rakyat negeri itu.
            Sekarang ini sedang berlangsung ucapan pempimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan amanat pilihan raya sebentar nanti.

Program yang bermula petang tadi diisi dengan Xpresi Anak Muda anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat yang menampilkan pelbagai program untuk belia.

Antaranya persembahan lagu-lagu dakwah oleh artis tersohor serta ucapan pemimpin pemuda.

Berikut antara gambar-gambar suasana sepanjang program berlangsung sejak petang tadi.

Sunday, July 1, 2012

Tidak wajar gantung Ambiga- MIC yang panic memberitahu Najib dan BN

   
           MIC akhirnya bersuara mengenai hal Ambiga Sreenavasen selepas ada pemimpin UMNO yang menyeru agar beliau digantung kerana mengadakan perhimpunan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan bebas. Ini disebabkan mereka takut akan menerima padah politik.
             Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan Rakyat serta menentang pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India dala pilihanraya yang akan datang.

Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya

   
            Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
              Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.

Scorpene: Keenganan Najib ke Perancis timbulkan prejudis- Anwar

   
            Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
               Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.

“Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...