Wednesday, March 3, 2010

SAYA PERNAH DISEKSA - AZMIN ALI



Machang- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah mendedahkan beliau pernah ditahan oleh polis pada 16 sept 1998 dan telah diugut supaya mengaku pernah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ceramahnya di Machang baru-baru ini, "Pegawai polis meminta saya supaya menandatangani surat mengatakan saya pernah diliwat dan pihak polis mengugut saya supaya menurut kehendak mereka. Jika tidak, saya akan ditahan dibawah ISA selama 20 tahun." katanya.
Katanya lagi, beliau tidak sanggup mengikut kehendak mereka sehingga beliau diseksa dan didera. Ketika dalam tahanan, dua lagi kenalan rapat Anwar ia itu Dr Munawar dan Sukma juga ditahan dan diminta membuat pengakuan yang sama bagi menjatuhkan imej Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri. Selepas itu katanya, beliau telah dibebaskan Mahkamah Tinggi kerana didapati penahanannya dilakukan secara tidak sah. Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan beliau, secara tidak langsung ditukar ketempat lain, kata beliau dalam ceramahnya dihadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi padang Majlis Daerah Machang malam khamis lalu.
Menurut kata Azmin lagi, tuduhan kedua dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar dipercayai mempunyai agenda-agenda yang serupa pernah dikenakan terhadapnya 10 tahun yang lalu. Agenda yang kedua ini pula telah membabitkan seorang bekas pembantu Anwar. " Segala yang Umno lakukan sekarang untuk mengulangi semula peristiwa yang pernah Hitler dan Lenin lakukan terhadap musuh-musuh politiknya dengan dakwaan seks. Fitnah seks yang dilakukan secara berleluasa pemimpin-pemimpin Jerman hanyalah untuk memastikan kebangkitan musuh politik mereka terhapus."Katanya.
Ketika itu, tiga daripada doktor pakar Hospital Kuala Lumpur telah memberi penjelasan pemeriksaan terhadap pengadu kes liwat bahawa dinding duburnya didapati normal, kemutan normal dan tiada pendarahan dan luka. Hadhir sama dalam ceramah itu, ialah Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Pakatan Perak serta pemimpin-pemimpin Pas Kelantan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail yang juga sebagai Ali Parlimen Machang berkata, beliau akan mengedar sejuta risalah kapada orang ramai untuk menjelaskan fitnah agenda kedua terhadap Anwar. Risalah itu yang merupakan dakwaan liwat yang cukup meragukan untuk menghalang Pakatan Rakyat dan Anwar Ke Putrajaya. "Biar pun Dr pakar daripada Hospital Besar Kuala lumpur dan Dr Osman Ab Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menjelaskan tiada bukti klinikal pengadu telah diliwat, tetapi pendakwaan kepada Anwar tetap diteruskan. "Anehnya pendakwaan itu diteruskan juga."Katanya.
Bagi pandangan penulis, kes liwat terhadap Dato' Seri Anwar adalah fitnah dan direka hanyalah untuk menghalang Anwar dari merajui poitik negara. Jika insan yang bernama Anwar berada di pentas politik, selagi itulah, mereka akan sekat Anwar dengan berbagai-bagai helah dan cara supaya karier politik Anwar berakhir. Dengan kata lain, mereka akan menciptakan satu isu untuk menyekat Anwar supaya boleh didakwa dan dipenjarakan. Mereka akan gunakan Mahkamah dengan memilih hakim-hakim yang memihak kapadanya supaya menghukum Anwar. Itulah realitinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...