Wednesday, March 10, 2010

MUFTI HARUSSANI JADI EJEN UMNO - NIK AZIZ


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyebut namanya secara terbuka di kyalayak ramai tanpa mengesahkan terlebih dulu apa yang didakwa itu benar atau tidak.
"Jika menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka, biarlah ada tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.
"Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika," katanya.
Beliau berkata, samada benar atau tidak kenyataan Harussani yang menyebut beliau datang kerumahnya itu biarlah dinilai sendiri oleh rakyat kerana baginya perkara itu hanya melibatkan mereka berdua.
"Yang menjadi persoalan ialah tidakkah itu satu keterlibatan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didukung oleh UMNO, sebuah parti yang menyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?
"Dalam bahasa mudahnya, politik dan agama diasingkan. Jika mufti sendiri sanggup turun menlaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.
"Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian beliau telah mengiktiraf pejuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Harussani pada program dialog Zaaba, Perpaduan Melayu: cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.
Harussani dilaporkan mendakwa keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya diperkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya Harussani tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi 'ejen politik'.
Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular, itu bukan lagi al-mufti (yang memberi fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa)," katanya. -SH.











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...