Monday, September 6, 2010

Hanya Kerana Tindakan Umno Yang Jahil, Teo Semakin Popular



Tindakan UMNO Terperangkap Sendiri - Hu
KOTA BHARU - Tindakan UMNO yang berterusan memainkan isu perkauman termasuk memanipulasi tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki ruang surau menyebabkan parti itu memerangkap diri.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw(gambar) berkata, tindakan berterusan menyalahkan Teo kerana masuk ruang solat surau hanya mempopularkan lagi Ahli Parlimen Serdang itu.

“Tindakan ini sebenarnya tidak menguntungkan parti itu (UMNO) malah kepada Islam sendiri, apa yang dilakukan itu sedikit sebanyak menjauhkan orang bukan Islam yang mahu mengenali Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, mengikut kefahamannya Islam merupakan agama toleransi yang diturunkan kepada semua kaum yang ada di dunia dan adalah perlu Muslim sendiri yang harus memberi penerangan kepada orang bukan Islam.

Beliau memberi contoh bagaimana kakitangan masjid di negara China yang mesra kepada orang bukan Islam yang mahu melawat dan memahami agama Islam secara dekat.

“Saya sendiri beberapa kali berkunjung ke masjid di negara tersebut, mereka memberi layanan yang cukup mesra dengan menerangkan tentang hal ehwal agama termasuk sewajarnya, jadi apa salahnya pendekatan itu turut digunakan di negara ini,” katanya.

Katanya, tindakan berterusan menghentam Teo menyebabkan beliau lebih popular di kalangan masyarakat yang menganggap Ahli Parlimen itu mahu mendekatkan diri dengan ajaran Islam.-SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...