![]() |
Gambar: Dr Asri |
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam. "Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu. "Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram. "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain. "Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan. Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan. Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan. |