Tuesday, August 24, 2010

Najib Gagal Satukan Kaum Di Malaysia


 Konsep 1 Malaysia Gagal Satukan Rakyat Malaysia
Konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti gagal dihayati oleh kakitangan kerajaan apabila suara sumbang yang sarat dengan sentimen perkauman terus kedengaran walaupun jutaan ringgit dana awam telah dibelanjakan bagi kempen mempromosi gagasan tersebut
Bukti kegagalan 1Malaysia terserlah apabila seorang lagi pengetua sebuah sekolah menengah, kali ini di Bukit Selambau, Sungai Petani didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman minggu lalu ketika menegur perbuatan pelajar yang melakukan kesilapan dengan kenyataan "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China".
Insiden ini berlaku selang beberapa hari setelah pengetua SMK Tunku Abdul Rahman di Kulai, Johor mengatakan pelajar Cina 'tidak diperlukan' dan perlu 'pulang ke China' manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka, selain mendakwa hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul(gambar) berasa kesal dengan tindakan pengetua sekolah terbabit sambil berkata konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib gagal dihayati oleh setiap kakitangan kerajaan.
"Kita kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengetua, sepatutnya beliau sebagai seorang pendidik membentuk pelajar menjadi seorang yang berguna dan boleh bersatu dengan pelbagai kaum di negara ini tetapi ini tidak beliau dengan sendiri mengeluarkan kenyataan yang berbentuk rasis, jelas pengetua itu gagal menghayati konsep 1Malaysia Najib.
"Kita tidak mahu bincang apa yang telah diperkatakan oleh pengetua terbabit, jika pihak tertentu ingin menyiasat itu adalah yang terbaik untuk menggembalikan suasana kurang senang kaum lain. Setelah lebih 50 tahun kita merdeka nampaknya kerajaan masih gagal meletakkan situasi keharmonian antara kaum serta meruntuhkan benteng perkauman di negara ini. 
"Ini terbukti dengan kenyataan rasis pengetua sekolah di Johor dan juga Kedah," jelas beliau.
Johari berkata kegagalan Umno-Barisan Nasional menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini adalah disebabkan oleh program yang tidak mendatangkan faedah seperti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang secara jelas bertentangan dengan konsep 1Malaysia.
"Isu ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kegagalan menangani isu perpaduan menyebabkan kaum lain dinegara ini tidak yakin dengan pentadbiran yang ada. Kita perlu berusaha agar semua kaum di negara ini merasakan mereka juga adalah rakyat Malaysia," jelas beliau.
Tambah beliau, Kementerian Pelajaran perlu bertindak segera agar kejadian seperti ini tidak berulang dan mencegah ia menjadi tabiat buruk pengetua sekolah apabila menegur pelajar berbilang kaum.-SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...