Thursday, August 19, 2010

Dr Pornthip- Teoh Tidak Membunuh Diri


Pakar Patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.
Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh.
Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini hari ini, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.
"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa)," tegas beliau.
Disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak untuk kerajaan Selangor sama ada beliau masih mengekalkan keterangan sebelum ini bahawa 80 peratus adalah dibunuh dan 20 peratus bunuh diri, katanya penemuan keduanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan seperti itu.
Ini, katanya kerana beliau tidak melawat lokasi jenayah itu berlaku dan malahan beliau hanya melihat bedah siasat kedua yang dijalankan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. 
Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa Teoh masih sedar diri sebelum terjatuh, dan tidak bersetuju dengan pandangan pakar forensik Britain Dr Peter Vanezis bahawa beliau tidak sedar diri.
Teoh, ketika itu 30, setiausaha politik kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di sini, pada 16 Julai tahun lepas.
Beliau sebelum itu disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama itu.
Dr Pornthip juga berkata bahawa "kecederaan di bahagian dubur tidak dapat diperiksa disebabkan proses bedah siasat sebelum ini telah diputarbelirkan dan kereputan di bahagian itu".
Beliau berkata sakrum terdedah di bahagian posterior punggung dan ada keretakan teruk di bahagian bawah sakrum, yang menyebabkan pemisahan di akhir distal.
Menjawab soalan Malik, beliau tidak bersetuju dengan keterangan Dr Vanezis bahawa tidak ada pemampatan di leher yang begitu lama, yang menujukkan satu percubaan untuk mencekik Teoh sebelum beliau mati.
Katanya kecederaan di leher itu didapati sebelum mangsa jatuh.
"Pada pandangan saya, ia bukan perbuatan mencekik secara manual, saya fikir ia lebih besar daripada itu, yang boleh menyebabkan penggunaan lebih banyak kekuatan atau lebih banyak tekanan di bahagian leher," menurut Dr Pornthip.
Dalam keterangan beliau sebelum ini pada 21 Okt tahun lepas, Dr Pornthip mengatakan bahawa hasil bedah siasat itu menunjukkan 80 peratus keberangkalian kematian Teoh adalah dibunuh dan 20 peratus membunuh diri. 
Keterangan Dr Pornthip menyebabkan mayat Teoh terpaksa digali keluar untuk bedah siasat kali kedua. 
Dr Vanezis, yang memberikan keterangan untuk SPRM berkata Teoh sedar sepenuhnya ketika beliau jatuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan setiausaha politik itu dicekik sebelum jatuh.
Ketika disoal oleh Malik, Dr Pornthip berkata beliau tidak menyentuh mayat  Teoh semasa bedah siasat tetapi meminta bantuan Dr Shahidan untuk menjalankan pemeriksaan di bahagian dubur, yang menunjukkan kecederaan di bahagian itu yang disebabkan oleh objek tajam seperti yang beliau nyatakan dalam keterangan awalnya.
Menjelaskan hasil pemeriksaan itu, beliau berkata bengkak di leher dan darah  dari tempat bengkak masuk sehingga ke otot bawah kulit.
Beliau berkata kecederaan itu mungkin disebabkan satu objek tajam dan membolehkan dicekik atau dipukul dengan objek yang tajam dan keras.
Dr Pornthip sepatutnya memberikan keterangannya pada akhir tahun lepas tetapi tidak hadir ekoran laporan ancaman terhadap keselamatan beliau.
Dalam keterangan beliau sebelum ini pada 21 Okt tahun lepas, Dr Pornthip mengatakan bahawa hasil bedah siasat itu menunjukkan 80 peratus keberangkalian kematian Teoh adalah dibunuh dan 20 peratus membunuh diri. 
Keterangan Dr Pornthip menyebabkan mayat Teoh terpaksa digali keluar untuk bedah siasat kali kedua. 
Dr Vanezis, yang memberikan keterangan untuk SPRM berkata Teoh sedar sepenuhnya ketika beliau jatuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan setiausaha politik itu dicekik sebelum jatuh.
Ketika disoal oleh Malik, Dr Pornthip berkata beliau tidak menyentuh mayat  Teoh semasa bedah siasat tetapi meminta bantuan Dr Shahidan untuk menjalankan pemeriksaan di bahagian dubur, yang menunjukkan kecederaan di bahagian itu yang disebabkan oleh okjek tajam seperti yang beliau nyatakan dalam keterangan awalnya.
Menjelaskan hasil pemeriksaan itu, beliau berkata bengkak di leher dan darah dari tempat bengkak masuk sehingga ke otot bawah kulit.
Beliau berkata kecederaan itu mungkin disebabkan satu objek tajam dan membolehkan dicekik atau dipukul dengan objek yang tajam dan keras.
Dr Pornthip juga berkata bahawa "kecederaan di bahagian dubur tidak dapat  diperiksa disebabkan proses bedah siasat sebelum ini telah diputarbelirkan dan kereputan di bahagian itu".
Beliau berkata sakrum terdedah di bahagian posterior punggung dan ada keretakan teruk di bahagian bawah sakrum, yang menyebabkan pemisahan di akhir distal.
Menjawab soalan Malik, beliau tidak bersetuju dengan keterangan Dr Vanezis bahawa tidak ada pemampatan di leher yang begitu lama, yang menujukkan satu percubaan untuk mencekik Teoh sebelum beliau mati.
Katanya kecederaan di leher itu didapati sebelum mangsa jatuh.
"Pada pandangan saya, ia bukan perbuatan mencekik secara manual, saya fikir ia lebih besar daripada itu, yang boleh menyebabkan penggunaan lebih banyak kekuatan atau lebih banyak tekanan di bahagian leher," menurut Dr Pornthip.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kecederaan itu disebabkan satu objek tajam, kerana gambar yang diambil di tempat kejadian tidak menunjukkan mangsa mungkin dipukul dengan sebarang objek lain semasa jatuh.
Dr Pornthip juga tidak bersetuju dengan Dr Vanezis bahawa calar di keliling leher Teoh mungkin disebabkan semasa autopsi.
"Tidak ada pendarahan selepas kematian dan anda perlukan tekanan darah yang oleh menyebabkan perdarahan yang begitu teruk," tambah beliau.
Sama ada Teoh sedar sebelum beliau terjatuh di tanah, katanya beliau tidak sedar diri berdasarkan banyak keretakan di kedua-dua kaki, tulang belakang dan tengkorak. 
Beliau juga mempertikaikan pandangan Dr Vanezis bahawa ketika Teoh jatuh, tanganya didapati di bawah badan yang menunjukkan cuba menahan daripada jatuh menggunakan tangannya kerana tidak ada kecederaan teruk didapati pada kedua-dua pergelangan tangan.
Ketika disoal oleh peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh, adalah penting untuk polis menjalankan pemeriksaan forensik ekoran ada nota yang didakwa dijumpai dalam beg sandang Teoh, yang mungkin boleh membantu pakar forensik untuk mendapatkan keputusan, beliau bersetuju bahawa ia boleh.-SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...