Saturday, August 14, 2010

Anwar - Melayu yang Miskin Dan Terpinggir Harus Dipertahankan

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dihujani tuduhan "pengkhianat bangsa" oleh parti musuh, mencabar UMNO dan Barisan Nasional agar mempertahankan hak untuk Melayu yang miskin dan terpinggir, dan bukan mempertahankan Melayu yang kaya raya di sebaliknya.
"Seringkali mereka menguar-uarkan mahu mempertahankan hak orang Melayu.  Tetapi Melayu yang seperti mana mereka pertahankan?  Kita tidak mahu mereka mempertahankan Melayu yang kaya raya.  Kita mahu mereka memperjuangkan nasib dan mempertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!"
Ketua Pembangkang Parlimen (gambar kiri) ini berkata, "Jika benar mereka mahu laksanakan pembasmian kemiskinan, maka ianya harus dilakukan secara adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.  Jangan yang menyokong mereka sahaja dibantu sedangkan yang tidak mendokong mereka diabaikan dan dibiarkan."
Anwar membidas kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana mempermainkan sentimen perkauman, malah tidak adil dalam menangani masalah yang membebani rakyat, khususnya yang miskin dan melarat.  Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Ceramah sempena Jamuan Rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong, semalam.
Majlis jamuan ini menarik kehadirian kira-kira 350 orang, yang kebanyakannya keturunan Cina.  Hujah-hujah disambut dengan tepukan apabila penceramah menyentuh isu rasuah dan sebagainya.

Read more... Baca Seterusnya..DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...