Friday, March 1, 2013

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

"Dia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.


"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salahudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang berkata, Manifesto Pakatan Rakyat boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak.

Mahathir yang dilihat agak lantang menjelang pilihan raya ini turut berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

Malah Mahathir juga seolah-olah merendahkan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini sambil berkata "manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya".

Isnin, 25 Febuari baru-baru ini, Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...