Monday, September 13, 2010

Polis Menahan Seorang Peguam Dan Dua Beradik Yang Disyaki Membunuh Jutawan Sosilawati Serta Tiga Individu

Lapan Indivdu Ditahan, Suspek Akui Bunuh Sosilawati
Polis mengesahkan penahanan seorang peguam berpangkat Datuk dan dua beradik yang ditahan bagi merungkai pembunuhan hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga individu.
Polis sebelum itu menemui empat mayat yang dibunuh dan dibakar, sebelum abu mereka ditaburkan di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, Banting.
Polis mempunyai sebab untuk mempercayai mayat yang dijumpa di sebuah ladang ayam di Tanjung Layang, Morib semalam adalah Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata forensik masih berusaha untuk mengesahkan identiti mayat-mayat itu.
Polis mengumumkan lapan individu telah ditahan. Ladang di Tanjung Layang itu dimiliki oleh dua beradik yang ditahan. Salah-seorang suspek mengakui bahawa beliau telah membunuh dan membakar mangsa.
Motif dipercayai berasaskan dendam dan urusan perniagaan. Penahanan berjaya atas maklumat dari orang-ramai dan media.
Empat suspek pertama yang ditangkap Jumaat lepas didapati terlibat dalam kes yang serupa tahun lepas. Soal-siasat keatas empat individu itu memberi petunjuk baru dalam kes-kes culik dan bunuh yang lain.
Sosilawati dan tiga individu terbabit dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urusan pembelian tanah di Banting. Beliau dipercayai membawa jumlah wang yang banyak ke urusniaga itu.
Isnin lepas polis menjumpai kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya, serta BMW milik Ahmad Kamil di sebuah hotel di Subang Jaya. Kali terakhir Sosilawati dikesan seorang saksi adalah pada 2 September lepas, semasa sedang membeli kuih-muih Aidilfitri di sebuah kedai di Kampung Sungai Lan, Banting.-TVS

Pembunuhan Kejam Jutawan Sosilawati Dan Tiga Lagi Amat Mengejutkan Negara

Jutawan Sosilawati, Tiga Lagi Dipukul Hingga Mati Dan Dibakar
Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya(gambar) dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.”

Saturday, September 11, 2010

Islam Bukan Agama Pengganas


Allah Laknat Pemimpin Agama Bakar Al-Quran 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

Akibat Membongkar Skandal Rasuah Umno-BN, Laman Web Malaysia Today Digodam


Malaysia Today Digodam Sekat Pendedahan Skandal Umno-BN
 Portal berita sensasi, Malaysia Today yang dikendali penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau RPK digodam semalam menyebabkan ia mengalami masalah teknikal sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.
Ini berlaku setelah laman web tersebut menyiarkan beberapa artikel yang membongkarkan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional serta kroni mereka.
Antara artikel terbaru yang disiarkan oleh RPK berjudul 'Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year' berhubung skandal kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan Malaysia, MAS semasa kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli menjadi Pengerusi.
Satu lagi artikel mendedahkan dakwaan bagaimana seorang kenalan kepada Perdana Menteri, Dastuk Seri Najib Razak cuba menggelapkan RM200 juta daripada China Railways Engineering Corporation (CREC) yang melaksanakan projek landasan berkembar kepada keluarga Najib.
RPK dalam satu emel berkata prtal beliau kini diancam godaman yang hebat.
"Kami tidak boleh beroperasi sejak 2 jam yang lalu. Seperti ada pihak yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyekat kami," kata beliau.

Friday, September 10, 2010

Semoga Ketiga-tiga Calun Jawatan Timbalan Presiden Menarik Diri


Muafakat Cadang Wan Azizah, Syed Husin Kekalkan Jawatan
Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor (MMKKNS) mencadang untuk mengekalkan status quo dua jawatan tertinggi parti bagi menyelesaikan apa yang sebut sebagai kemelut pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan Parti 2010 pada November depan.
Timbalan Pengerusinya, Abdul Kudus Omar berkata majlis tersebut mencadangksn agar jawatan Presiden terus disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sementara Timbalan Presiden kekal di tangan Senator Dr Syed Husin Ali.
"Dengan cara ini kami yakin kemelut pertandingan jawatan Timbalan Presiden akan dapat diselesaikan.
"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jaatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak Pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud.
Sekiranya muafakat dan kata sepakat tidak mampu dicapai bagi menyelesaikan isu jawatan Timbalan Presiden, MMKKNS mencadangakan alternatif kedua iaitu jawatan Presiden ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menyandang sebagai Ketua Umum sementara Timbalan Presiden pula diberikan kepada Dr Wan Azizah.

Nik Aziz - Laungan Takbir Lebih Menjamin Keselamatan Dan Keamanan


Jadikan Eidul Fitri Alat Penyatuan Kaum
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap agar Hari Raya Eidul Fitri yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir.
Menurut beliau, laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan tertentu. 
Bahkan katanya masyarakat bukan Islam sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. 
"Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan

Thursday, September 9, 2010

Apa Gunanya Musa Buka Mulut Selepas Bersara


Alat BN: Buka Mulut Setelah Tarikh Bersara Diumun
 Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.
Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad,(gambar) ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.
“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.
Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

BN Semakin Lemah, Sokongan Masyarakat Bukan Melayu Memtihak Pada Pakatan Rakyat


Sokongan Bukan Melayu Paling Kritikal Pada BN
 Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan orang bukan Melayu kepada Umno Barisan Nasional (BN) sekarang berada pada tahap paling kritikal.
Ini, katanya menyebabkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mengeluarkan kenyataan kononnya PAS adalah parti ekstrem.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri menegaskan kenyataan itu dikeluarkan apabila dilihat sokongan rakyat bukan Melayu kini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
“Statement itu dibuat oleh pihak pemimpin yang tidak lagi berada di dalam kepimpinan Umno seperti Zam itu.
“Tujuan dia memang jelas di mana sekarang ini sokongan orang bukan Melayu kepada Umno BN sudah di peringkat yang paling kritikal. Itu sajalah puncanya,” katanya kepada media selepas mempengerusikan satu sidang media khas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, pagi tadi.

Wednesday, September 8, 2010

Nurul Izzah Cabar Perkasa Berdebat Berhubung 'hak Melayu'


Hak Melayu: cabaran Debat Nurul izzah Tepat - Syed Husin
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, cabaran Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berdebat berhubung 'hak Melayu' dengan Perkasa dilontar tepat pada sasaran.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai tersebut.

Pendirian Najib dan menteri itu jelasnya membuktikan dengan jelas bahawa Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Tuesday, September 7, 2010

Najib Tidak Ada Di Surau Ketika Itu, Mana Beliau Tahu MP Teo Sampaikan Tazkirah?

Jawatankuasa Surau Nafi Dakwaan Najib MP Teo Sampaikan Tazkirah

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Semoga Allah Memberi Petunjuk Kepada YB Teo Nie Ching

Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra

 — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.
Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.
“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.
Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Monday, September 6, 2010

Hanya Kerana Tindakan Umno Yang Jahil, Teo Semakin Popular



Tindakan UMNO Terperangkap Sendiri - Hu
KOTA BHARU - Tindakan UMNO yang berterusan memainkan isu perkauman termasuk memanipulasi tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki ruang surau menyebabkan parti itu memerangkap diri.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw(gambar) berkata, tindakan berterusan menyalahkan Teo kerana masuk ruang solat surau hanya mempopularkan lagi Ahli Parlimen Serdang itu.

“Tindakan ini sebenarnya tidak menguntungkan parti itu (UMNO) malah kepada Islam sendiri, apa yang dilakukan itu sedikit sebanyak menjauhkan orang bukan Islam yang mahu mengenali Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, mengikut kefahamannya Islam merupakan agama toleransi yang diturunkan kepada semua kaum yang ada di dunia dan adalah perlu Muslim sendiri yang harus memberi penerangan kepada orang bukan Islam.

Beliau memberi contoh bagaimana kakitangan masjid di negara China yang mesra kepada orang bukan Islam yang mahu melawat dan memahami agama Islam secara dekat.

“Saya sendiri beberapa kali berkunjung ke masjid di negara tersebut, mereka memberi layanan yang cukup mesra dengan menerangkan tentang hal ehwal agama termasuk sewajarnya, jadi apa salahnya pendekatan itu turut digunakan di negara ini,” katanya.

Katanya, tindakan berterusan menghentam Teo menyebabkan beliau lebih popular di kalangan masyarakat yang menganggap Ahli Parlimen itu mahu mendekatkan diri dengan ajaran Islam.-SH

Sunday, September 5, 2010

Pengetahuan Agama Khusrin Terlalu Cetek


Khusrin Dinasihat Rujuk Fatwa Jika Cetek Pengentahuan Agama
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang beliau anggap mempunyai pengetahuan agama yang cetek supaya merujuk kepada fatwa berhubung isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1 Mac lalu sebelum membuka mulut mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam.
Khalid juga menganjurkan supaya Mohammed Khusrin meneliti fakta sesuati isu bersangkutan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan jika beliau tidak pasti samada apa yang dikatakan berlandaskan fajta atau sebaliknya.
"Nampak pengetahuan yang ada pada Khusrin terlalu cetek, sepatutnya beliau merujuk terlebih dahulu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama. 

Saturday, September 4, 2010

Kejahilan Umno Terdedah, Memutar Belit agama dan sentimen Melayu


Manipulasi Isu Agama Dedah Kejahilan Umno
Meski pun Barisan Nasional (BN), khususnya Umno begitu beriya-iya menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu-isu berkaitan agama dan sentimen Melayu kebelakangan ini, kegelojohannya berbuat demikian sebaliknya lebih mendedahkan kejahilan parti itu terhadap ilmu Islam sebenarnya.
Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.
“Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.(gambar)

Friday, September 3, 2010

Media Perdana Banyak Putar Alam


Rakyat Lebih Percaya Media Baru, Fikirlah Najib
PAS menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul supaya semua media mencontohi media perdana yang dikatakannya melaporkan dengan fakta, berbeza dengan media baru.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sangsi dengan kenyataan Najib mengenai kenyataannya dengan mendakwa media perdana pada hari berada di dalam landasan yang betul, manakala yang salah ialah media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.
“PAS yakin inilah keresahan yang melanda di kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini yang cuba hendak meletakkan media baru di kandang orang salah supaya rakyat sangsi terhadap pemberitaan media baru.
“Datuk Najib harus fikir kenapa rakyat lebih percaya media baru daripada media perdana. Sebabnya rakyat pada hari ini sudah tahu membezakan antara kaca dan permata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Masalah Yang Berlaku Di Selangor Berpunca Sewaktu Pentadbiran Khir Toyo


Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.
Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.
Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

YB Teo Nie Ching Menerima Hadiah Selendang

Nie Ching Bakal Buka Butik Selendang?
Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.
"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.
Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.
Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.
Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.
"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik

Thursday, September 2, 2010

Menghias Pengantin Dalam Surau Temberang Umno Terdedah


Umno "Arif" Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau
Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.
Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.
Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.
Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.
Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN  dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Fitnah Umno Makan Tuan

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah - Mohd Hanifa Maidin, Pensihat Undang-Undang Pas Pusat
Cuba bayangkan jika Rasulullah SAW ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah SAW yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.
Ahli Parlimen DAP YB Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim .
Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah SAW tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.
Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah SAW di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka.

Wednesday, September 1, 2010

Demi Laba Politik, Umno-BN Memperalatkan Agama Dan Sentimen Perkauman Sempit


Kalah Berhujah Umno-BN Guna Senjata Sentimen Perkauman, Agama
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pimpinan Umno yang tanpa segan silu menuding jari kepada orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik.
Sebaliknya, menurut kata Anwar Umno-BNlah sebenarnya pihak yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.
Tambahnya, walaupun Umno sudah kehilangan senjata untuk berhujah, mereka sanggup memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata.
"Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.
"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan," kata beliau dalam perutusan Hari Merdeka ke-53 hari ini.
Anwar berkata, Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh rakyat Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...