Wednesday, June 2, 2010

Khairy Tidak Terpilih Dalam Kabinet Najib



Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menganggap rombakan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam memberi gambaran yang jelas tentang kedudukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sudah berada pada garisan penamat.
"Kabinet baru yang diumumkan oleh Najib semalam menjelaskan kedudukan Khairy dalam barisan kepimpinan Najib bahawa beliau tidak diperlukan lagi. Beliau telah dua kali gagal menempatkan diri dalam barisan kabinet iaitu pada awal pemilihan beliau sebagai ketua pemuda dan juga sekarang.
"Selain itu juga saya melihat Najib tidak lagi mengikhtiraf barisan kepimpinan muda kerana tidak ada seorang pun wakil daripada Pemuda Umno menduduki kerusi kabinet baru ini. Tindakan Najib ini adalah satu isyarat yang jelas bahawa golongan muda di luar sana yang ingin aktif di dalam politik Umno-Barisan Nasional sudah tidak ada lagi.
"Sedangkan Khairy yang selalu mempertahankan kedudukan Perdana Menteri apabila diserang oleh Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh Najib, inikan pula mereka yang baru ingin bergiat dalam politik Umno-BN. Golongan muda termasuk Khairy perlu mengambil serius dan ikhtibar dengan keputusan Najib, tidak perlu untuk terus mengampu Najib kerana beliau tidak pernah memandang jasa yang telah diberikan oleh golongan muda.
"Selain itu juga saya melihat Najib masih lagi dibelenggu ketakutan bayangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat keputusan. Kita tahu Mahathir tidak sukakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi itu sejak dari awal pemilihan lagi sehinggakan anaknya, Mukhriz yang kalah dalam pemilihan tesebut mendapat tempat sebagai Timbalan Menteri tetapi Khairy hanya berputih mata sahaja.
"Najib mendapat tekanan yang kuat dari Mahathir dalam membuat keputusan, pengaruh Mahathir masih kuat dalam pemerintahan Najib selain pengaruh isterinya sendiri Datin Seri Rosmah Mansor. Pemerintahan tiga nahkoda dalam satu kapal sehingga keputusan yang ingin dibuat sentiasa mendapat tekanan," kata Shamsul kepada Suara Keadilan.
Shamsul juga memberitahu pemilihan barisan kabinet dilihat tidak demokrasi kerana mereka yang mendapat kedudukan melalui pilihan raya tidak mendapat tempat.
"Pemilihan kali ini yang dilakukan oleh Najib sudah tersasar dengan prinsip demokrasi negara ini kerana mereka yang dipilih melalui proses demokrasi pilihan raya dan dipilih oleh rakyat tidak mendapat tempat, contoh yang paling kelas ialah Datuk G Palanivel yang tidak dicalonkan untuk kerusi Hulu Selangor mendapat tempat sebagai Timbalan Menteri, tetapi P Kamalanathan yang memenangi kerusi tersebut tidak dilantik sebagai barisan kabinet baru ini.
"Pada pendapat saya ini adalah satu strategi terancang Najib untuk menyusun semula MIC, MCA dan juga PPP yang sedang dilanda kemelut politik tanpa memberi laluan yang luas kepada Umno untuk membarisi kabinet tersebut.
"Selain itu juga Najib beranggap mereka yang dipilih itu akan termakan budi kerana kebanyakan mereka adalah senator, dengan cara ini mereka akan berada di hujung telunjuk beliau sehinggakan beliau boleh mengarahkan untuk melakukan apa sahaja. Keadaan ini menyebabkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan terus terjamin.
"Najib juga dilihat tidak lagi memerlukan pemimpin daripada Umno selain mereka yang dilantik sebagai senator dapat menjadi Timbalan Menteri ataupun Menteri sedangkan mereka yang memenangi pilihan raya tidak dipilih dan dengan keadaan ini menyebabkan akan timbul suasana yang agak panas dari pemimpin Barisan Nasional.
"Inilah peluang yang terbaik perlu diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mendampingi mereka yang kecewa kerana gagal menempatkan diri dalam kabinet. Bagi saya barisan baru kabinet ini selain isyarat tamatnya karier politik Khairy ia juga mangambarkan kabinet penyelamat kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri," kata beliau lagi.-SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...