Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, June 8, 2010
Hasil Pendapatan Judi Tidak Boleh Disalurkan Kepada Badan Kebajikan Dalam Bentuk Apa Pun Alasan
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin(gambar) berkata konsep menghalalkan cara tidak wujud dalam agama Islam, lantas rayuan supaya judi sukan dibenarkan asalkan pendapatan judi disalur kepada badan kebajikan adalah alasan yang tidak boleh diterima.
Mengulas rayuan hartawan Tan Sri Vincent Tan meminta kerajaan negeri Pakatan Rakyat menarik balik sekatan keatas konsesi judi sukan yang diluluskan Umno-BN, Dr Asri berpendapat ada kemungkinan Vincent Tan bercakap mewakili fahaman agama lain.
Dr Asri bagaimanapun berkata Islam mengambil pendekatan yang halal dan terpuji dengan memberi penekanan pada punca pendapatan dan kesan kepada masyarakat seluruhnya.
“kita tidak boleh jadi robin hood, kita merompak beri pada orang miskin, Islam the end do not justify the mean, matlamat tidak menghalalkan cara, jadi walaupun matlamat dia mungkin baik, tapi itu tidak boleh menghalalkan cara sama macam kita kata kita minum arak sekadar untuk bersosial, tidak boleh” kata Asri.
Dalam pada itu, Dr Asri menyarankan orang-ramai supaya memerangi jenayah judi habis-habisan kerana judi membiakkan lebih banyak kemudaratan.
Beliau turut menarik perhatian masyarakat Islam kepada bantahan keras yang disuarakan penganut bukan Islam kepada tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan judi sukan ini.
Asri berkata kerajaan seharusnya dengar dan akur kepada denyut suara rakyat.
“kerajaan hendaklah berfikir bahawasanya ia tidak mungkin kerana, untuk dia mengelakkan satu masalah, dia timbulkan satu masalah yang baru sebenarnya hakikatnya adalah sama, maka sebenarnya kempen, kalau kerajaan tutup ruang judi ini kerajaan perangi habis-habisan, sekarang ini tidak ada rakyat yang tidak setuju dengan kerajaan, macam kerajaan perangi dadah, tak akan ada parti pembangkang ataupun mana-mana parti yang bangkit kata kami nak supaya dadah dihalalkan, tak ada” Asri berkata.- TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment