Malah, Anwar Ibrahim (gambar kiri) memberi kata-kata akhirnya, "Saya sudah cukup dengan ini. Sesiapa yang cuba menguji kesabaran saya, anda boleh cuba."
Selain itu, sumber maklumat tersebut memberitahu Merdeka Review, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan Azmin Ali untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Bagaimanapun, Azmin Ali cuba membantah atas alasan langkah ini bakal menjejaskan kredibiliti dirinya, malah beliau meluahkan kekhuatirannya bahawa keputusan mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor pada ketika ini mudah mencungkil kesangsian terhadap dirinya.
"Tiada (ruang untuk) pendapat lain. Ini adalah arahan," tegas Anwar.
Imej Azmin terpalit
Menurut seorang pemimpin yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Azmin mempersoalkan, "Orang luar berkata ini dan itu terhadap saya, dan kamu masih menyerahkan jawatan ini kepada saya. Bukankah dengan ini, kamu mahu saya jadi 'orang jahat'?"
Namun, pimpinan yang hadir dalam mesyuarat tersebut menganggap langsung tiada masa yang sesuai untuk Azmin Ali (gambar kanan) mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dalam keadaan yang paling sempurna. Jadi, ada yang membuka mulut, "Kalau ada sesiapa yang cuba menodai imej kamu, minta maaf, kamu hanya boleh bersabar."Jelas, tindak tanduk ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa kebelakangan ini memperlihatkan "cita-cita"-nya yang "tidak kecil". Sumber dalam parti tidak menolak kemungkinan bahawa Azmin Ali cuba mengambil kesempatan daripada "ketidakpuasan terhadap Khalid Ibrahim". Namun, dari perspektif luar parti, merebut kerusi dengan Khalid Ibrahim yang meraih sokongan tinggi dalam soal selidik, semestinya berakhir dengan nama diri yang terpalit.


















