
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, March 14, 2013
Apabila Umno selalu berbohong.. Hanipa Maidin
Sehingga kini Umno dan Najib menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi menyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu yang timbul. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi.
Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang-orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala.
Faekah : Umno Khianati Melayu, Mahathir Membisu
Surat Terbuka Faekah Kepada Tun Dr Mahathir
Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanahair.
Syukur sangat, saya rasa nak takbir - Wan Azizah
Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya itu diperguna pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat II.
Presiden PKR itu yang dipetik KeadilanDaily, menyifatkan pendedahan Azlan itu sebagai anugerah Ilahi.
Katanya dengan pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
Umno jadi dalang galakkan keganasan, ambil kesempatan peristiwa Lahad Datu
Mewakili kepimpinan KEADILAN, saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Umno dalam beberapa insiden terkini yang mengancam keselamatan orang ramai dan pimpinan KEADILAN.
Rusuhan yang diadakan oleh pengikut-pengikut Umno berniat jahat dan berunsur ganas dari awal, apabila mereka membaling telur, kayu dan kon lalulintas ke arah ibupejabat KEADILAN yang turut mengenai beberapa anggota KEADILAN yang berada di tempat yang sama. Keganasan ini adalah terancang kerana mereka membawa telur, kayu dan kon lalulintas semata-mata bagi tujuan ini.
Selain bertindak ganas, pengikut-pengikut Umno ini juga mengugut untuk membakar bangunan yang merupakan satu ancaman jenayah.
Wednesday, March 13, 2013
Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
KPN akui Pakatan Rakyat mungkin tawan Putrajaya – Dr Manuty
Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.
Demokrasi, pluraliti dan PRU-13 - Dr Siddiq Fadzil
Pilihan raya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan lagi “suara anjing menyalak bukit”, tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan).
Tetapi pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab.
Dalam kaitan inilah relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan pilihan yang tepat.
Tuesday, March 12, 2013
Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN
Menghairankan. Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR.
Terkini ialah penyertaan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bersama PKR pada 6 Mac lalu, sebelumnya Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada PR.
Monday, March 11, 2013
Mahathir Patut Belajar Dengan Mama Juwie...Shahbudin Husin
Secara tidak sengaja saya menonton Berita TV3 di sebuah restoran semalam yang menyiarkan komen Mahathir mengenai lagu Tanya Sama Najib yang sering dinyanyikan oleh Anwar ketika berkempen di Sabah sejak beberapa bulan lalu. Dengan penuh yakin bekas Perdana Menteri itu bersetuju bahawa senikata lagu nyanyian Anwar itu ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang sambil memberikan logik-logik yang tidak logik untuk menyokong hujahnya-hujahnya.
Malam sebelumnya, saya juga difahamkan melalui TV3 juga, Ahli Parlimen PKR yang sudah melompat menjadi Bebas, Zulkifli Nordin turut mengaitkan isu lagu itu dengan keyakinannya bahawa Anwar memang bersubahat dengan kumpulan penceroboh Sulu yang sedang menyerang Lahad Datu dan Semporna sekarang ini.
Sunday, March 10, 2013
Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din
Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
Saturday, March 9, 2013
Genap 5 tahun ‘tsunami’ 8 Mac, tapi masih belum pilihan raya
Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional.
Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa ‘clue’ atau ‘leads’ atau testimoni yang betul-betul menjamin.
Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan ‘wayang’ seorang Mr. Clean yang tidak berapa clean iaitu Paklah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz – modal dan model yang cukup besar.
Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran
Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.
Friday, March 8, 2013
Liwat II: Bapa Saiful dedah hanya konspirasi

F
itnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.
Thursday, March 7, 2013
Disebalik Insiden Sabah, Rakyat Jangan Hilang Fokus Untuk Melakukan Perubahan
Serlebih dahulu diucapkan takziah kepada keluarga lapan anggota keselamatan yang terbunuh dalam menangani kumpulan pemberontakan Sulu di Sabah. Dilaporkan dua terbunuh di Lahad Datu dan enam terkorban di Semporna setakat ini. Rakyat tentunya sedih dengan pemergian itu, sementara keluarga dan anak-anak mereka terasa lebih kesedihannya dengan kehilangan orang tersayang masing-masing.
Marilah kita menyedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang terkorban, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah.
JIKA SEMUA PENDATANG FILIPINA DI SABAH ITU DIKUMPULKAN SETEMPAT, MEREKA BOLEH MEMENUHI KELUASAN NEGERI KEDAH
Berdasarkan census penduduk Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Satistik pada tahun 2010, jumlah penduduk ialah 28.3 juta. Peratus bukan warga negara ialah 8.2%, iaitu 2.3206 juta. Dikhabarkan terdapat seramai 800,000 orang pendatang Filipina di Sabah.
Kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi satu kilometer persegi. Keluasan ini termasuk sungai, tasik, hutan, bukit gunung dan lain-lain yang diperlukan untuk kehidupan manusia. Malaysia memiliki banyak kelebihan tersebut. Sudah tentu di kawasan maju kepadatan jauh lebih tinggi. Misalnya kepadatan penduduk Jepun ialah 349.66/km persegi.
Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu?
Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini?
Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.
Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.
Mengapa Sulu ceroboh di ambang PRU13?
Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?
Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.
Wednesday, March 6, 2013
Saman TV3, Utusan: Fitnah di sebalik berita benar?
Dalam keadaan berita benar dilaporkan mengenai perkembangan terkini terhadap pencerobohan di Sabah, Utusan Malaysia dan TV3 masih menjalankan propaganda dan fitnah mereka terhadap Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Nampaknya mereka masih tidak serik turun naik mahkamah dan kalah serta sering membayar saman malu ekoran kalah di mahkamah,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Sebagai respons marah, Anwar telah mendesak Utusan Malaysia dan TV3 memohon maaf atau berdepan dengan saman RM200 juta jika media tersebut gagal membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan beliau dalam isu di Lahad Datu.
Siapa yang main poltik dengan isu keselamatan
Satu budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya, mendapati wujudnya mana -mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip seperti berikut. Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin tersebut selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno. Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
Tuesday, March 5, 2013
Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'
Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)