Showing posts with label Tuduhan Terhadap Shuhaimi Berunsur Politik- Peguam. Show all posts
Showing posts with label Tuduhan Terhadap Shuhaimi Berunsur Politik- Peguam. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Tuduhan Terhadap Shuhaimi Berunsur Politik- Peguam


Akta hasutan adalah undang-undang jakun yang tidak boleh diterima pakai dalam sebuah negara demokrasi. Akta ini hanya untuk menutup suara-suara pembangkang dari diketahui rakyat salah laku pemimpin Umno-BN. Pertuduhan ini amat malang sekali kerana pertuduhan ini berunsur politik. Mereka mahu kes ini dibicarakan di mahkamah supaya adun Sri Muda didakwa untuk melemahkan Pakatan Rakyat, sedangkan jika dilihat ahli-ahli politik dari Umno-BN, juga pernah mengeluarkan kata-kata yang bersifat perkauman tetapi tidak didakwa di bawah akta ini. Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea serta berniat jahat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara demokratik.   


Peguam Amer Hamzah Arshad, menyifatkan pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guamannya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie hanya berunsurkan politik semata-mata.

Dakwanya pendakwaan ini mendapat tekanan daripada pihak berkepentingan yang mahukan kes ini dibicarakan di mahkamah sedangkan jika dilihat ahli politik yang lain seperti Barisan Nasional(BN) juga pernah mengeluarkan kata-kata yang mempunyai elemen hasutan.

"Pertuduhan ini tidak perlu dibawa langsung kerana pertuduhan terhadap Shuhaimi, tidak lain tidak bukan adalah satu pertuduhan yang berunsurkan politik kerana banyak tekanan-tekanan daripada pihak tertentu yang telah menyebabkan pertuduhan dan pendakwaan di mahkamah hari ini," katanya.

Amer juga turut membantah denda yang dikenakan ke atas Shuhaimi bersifat menekan anak guamannya sedangkan hukuman denda yang diperuntukkan hanyalah RM5,000 di bawah Akta Hasutan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...