Menurut Badrul, kenaikan itu membuktikan kerajaan hanya menjaga kepentingan korporat dengan mengalih beban kepada pengguna, meskipun syarikat- syarikat telekomunikasi menunjukkan keuntungan setiap tahun.
“Mengenakan caj 6 peratus ini juga menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

