Tanda-tanda Umno-Barisan Nasional semakin terdesak berikutan pembonkaran skandal dan penyelewengan dana awam oleh Pakatan Rakyat semakin ketara, apabila timbul desas desus organ rasmi PAS, Harakah juga bakal menerima nasib yang sama dengan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya mulai i Julai lalu.
Pendekatan yang sama digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila mendesak penjelasan berhubung penghantaran lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya memberitahu beliau tidak pernah diberi apa-apa surat termasuk surat tunjuk sebab oleh KDN sewaktu pertemuan dengan pihak kementerian Isnin lalu.
"Surat (tunjuk sebab) pun tidak ada, hendak jawap macam mana?" soal Taufek kembali ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengabaikan arahan kementerian itu.
KDN hari ini dilaporkan memberi tempoh tujuh hari mulai kelmarin kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan, termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Menurutnya, agenda pertemuan itu hanya berkisar kepada perbincangan biasa berhubung isu yang dilapor Harakah dan beberapa ingatan dari KDN agar pihak akhbar itu berhati-hati dalam melaporkan isu yang dianggap sensitif.
"Isu surat tunjuk sebab dan permit penerbitan Harakah tidak pernah timbul dalam perbincangan tersebut. Saya tidak pernah menerima apa-apa surat dari KDN untuk tunjuk sebab.
"Saya hadir hanya memenuhi jemputan untuk berbincang dengan KDN.
"Dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) dan isu Jemaah Islamiah," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang mendakwa Harakah telah diberi surat tunjuk sebab berhubung beberapa isu termasuk kegagalan mengahantar lapan salinan kepada KDN setiap kali dicetak.
Menurut Mahmood, kegagalan membuat penjelasan dalam tempoh tujuh hari bermula kelmarin akan membawa masalah kepada pembaharuan permit penerbitan akhbar itu.
Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran.-S.K
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
No comments:
Post a Comment