Apabila kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran PAS menuntut royalti minyak terhadap kerajaan persekutuan, UMNO Kelantan pula cuba memainkan peranannya dengan menghasutkan kerajaan persekutuan supaya menghalang tuntutan itu. Dua pemimpin UMNO
Kelantan yang dilihat menjadi penghalang besar tuntutan itu ialah Pengurusi UMNO Kelantan ia
itu Datuk Seri Mustapha Mohamad dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein. Kini isu
royalti minyak telah pun menjadi sebahagian besar perjuangan rakyat Kelantan, malah percakapan itu boleh didengar disetiap-tiap kedai kopi dan dimerata-rata tempat diKelantan.
Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Hussein merupakan anak Kelantan
sendiri yang cuba menghalang tuntutan ini. Jika penentangan ini datangnya dari pemimpin-pemimpin UMNO dari negeri-negeri yang lain, bolehlah dianggap dendam kesumat mereka terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz, tetapi jika pemimpin-pemimpin itu dikalangan rakyat Kelantan sendiri meski pun perbezaan parti politik, ianya bolehlah dikatakan pengkhianat dan jahat kapada rakyat kelantan yang kebanyakannya
terdiri daripada orang-orang melayu.
Setelah tuntutan Kerajaan Kelantan kaatas royalti minyak baru-baru ini, beberapa kenyataan
Mustapha Mohamad menimbulkan kritikan keras pemimpin-pemimpin PAS terutamanya
Tuan Guru Nik Aziz terhadapnya sehinggakan ada diantara pemimpin-pemimpin PAS mencabar
dilakukan perdebatan dalam isu royalti ini.
Setelah isu royalti minyak dikemukakan oleh kerajaan Kelantan, Mustapha Mohamad telah
memberi kenyataan bahawa Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak dan gas kerana
hasil petroleum itu diperolehi dikawasan bertindih diantara Malaysia dan Thailand. Dalam akta
perjanjian tidak disebut atau pun dinyatakan kawasan bertindih atau pun tidak, asalkan melibatkan mana-mana negeri, maka negeri itu berhak mendapat haknya dalam royalti itu.
Manakala timbalannya Awang Adek Hussein juga menafikan tuntutan itu kerana menyifatkan
royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan itu, harus diberi kapada kerajaan Persekutuan
untok dibelanjakan bagi pembangunan negara berbanding kapada kerajaan negeri. Malah Awang
adek turut mencabar kerajaan Kelantan membawa kes royalti minyak ini ke mahkamah sekiranya tidak puas hati dengan cadangan kerajaan persekutuan memberikannya dalam bentuk wang ihsan.
Sebenarnya rakyat Kelantan kini telah dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berfikiran sempit dan bukanlah arif dalam penafsiran undang-undang, terutamanya tentang
isu tuntutan royalti minyak diKelantan. Masaalahnya sekarang, pemimpin-pemimpin UMNO,
haruslah faham bahawa tuntutan royalti ini ialah berkaitan dengan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti daripada Petronas bukannya daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan
persekutuan juga berhak menuntut royalti ini daripada Petronas begitulah juga dengan negeri
pengeluar dan pemilek kawasan petroleum. Kini kerajaan Kelantan berhak menuntut royalti
minyak ini kerana penggalian minyak itu dikawasan perairan Kelantan.
Kerajaan Kelantan harus menolak pemberian wang royalti itu dalam bentuk wang ihsan kerana
dalam perjanjian termaktub bahawa sesebuah negeri akan mendapat 5% hasil petroleum yang di
temui diperairan sesebuah negeri dan wang ihsan pula hanyalah wang yang diberi mengikut
sesuka hati dan wang ihsan juga akan diberi bukanlah kapada kerajaan yang memerintah tapi kapada UMNO melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Kita ambil satu contoh yang
terdekat dengan kita ia itu negeri Terengganu. Apa yang mereka laksanakan dengan wang ihsan
tersebut. Mereka gunakan wang tersebut mengikut sesuka hati dengan membinakan projek-projek mega untok kepentingan kroni-kroni mereka. Dengan wang ihsan itu rakyat Terengganu
tetap susah dan miskin, yang kaya raya hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu. Tidak mustahil Kelantan akan mengalami nasib yang sama dengan Terengganu sekiranya mereka menerima wang ihsan. Nasib baik Tuan Guru Nik Aziz, lebeh licit dan lebeh bijak menangani isu ini dengan menolak wang ihsan.
Perjanjian -perjanjian ini telah pun dibuat dalam tahun 1975, hanyalah diantara Petronas dangan dengan negeri-negeri diMalaysia dan pembayaran royalti pula dibuat terus daripada Petronas kapada kerajaan negeri yang berkaitan dengan pertemuan minyak. Oleh kerana Kerajaan Persekutuan telah campurtangan dalam royalti ini, maka segala-galanya mahu dipolitikkan dan membelakangi undang-undang yang sedia ada.
Cuba kita renung dan berfikir. Selagi pemimpin-pemimpim UMNO bermain politik keperibadian dan hawa nafsu mengatasi mereka serta tidak beriman, selagi itulah rakyat Kelantan akan terus dkhianati dan dizalimi. Mustapha Mohamad dan Awang Adek Hussein harus ditolak oleh rakyat Kelantan dalam Pilihanraya umun yang akan datang kerana mereka berdua menjadi dalang dalam tuntutan royalti ini. Mereka merupakan pengkhianat kapada bangsanya sendiri.
1 comment:
Jangan jadi bodoh.Baca Kanun Tanah Negara ,Emergency Ordinance 1969 dan Akta Petroleum 1974. Kerajaan negeri hanya berhak kepada 3 batu nautika dari tikas air surut. Selepas dari itu adalah hak kerajaan persekutuan. Dalam kanun tanah negarapun ada sebut kalo ko jumpa lombong mas dalam tanah ko sendiri.Ko xde hak atas lombong mas tu. Bace seksyen 45 kanun tanah negara.Kerajaan negeri berhak ke atas lombong tu.Org suruh gi skolah ko taknak pergi.Sekarang wat perabih beras.
Post a Comment