Sunday, January 3, 2010

KERAJAAN KELANTAN MENJADI MANGSA.

Kota Bharu- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Ab Aziz telah menyatakan bahawa tindakan mahkamah mengarahkan kerajaan Kelantan membayar ganti rugi kira-kira 800 juta
terhadap sebuah syarikat dari Singapura, Timber & Mine corporation adalah disebabkan
kelemahan kerajaan Barisan Nasional memerintah kelantan ketika itu. Mengikut kenyataan,
Tuan Guru Nik Ab Aziz keputusan mahkamah telah membuktikan kelemahan Barisan National
mentadbir negeri hingga menimbulkan berbagai-bagai reaksi dan masaalah terhadap kerajaan
pimpinan PAS. " Orang lain yang membuang sampah, orang lain yang kena sapu. Inilah penyakit orang yang jaga negeri tidak pandai memerintah" katanya dikuliah pagi jumaat yang
lalu diDataran ilmu, Jalan Datuk Pati .
Tuan Guru Nik Aziz mengatakan keputusan mahkamah tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi sebanyak 800 juta kapada Timber & Mine corporation
kerana melanggar perjanjian adalah terlalu tinggi dalam kes saman sivil dinegara ini. Katanya
"apabila Barisan Nasional mendapat kuasa dan memerintah negeri, mereka jugak tidak
menyelesaikan masaalah itu sehingga kerajaan Kelantan disaman", jelasnya lagi bahawa beliau
pernah jugak mendengar isu-isu yang PAS sudah pun menjual Kelantan kapada Singapura.
Kemudian timbullah cerita-cerita mengatakan PAS sudah gadai negeri Kelantan kapada
Singapura (Timber & Mine corporation). Mereka kata nak tebus balik mestilah undi BN dan
kalau tidak undi BN, digadai buat selama-lamanya.
Kata Tuan Guru Nik Aziz,"cerita ini berlaku ketika saya balik dari Mesir pada tahun 1962 dan
1967. Selepas itu, saya bergiat dalam politik dan masuk PAS, terus bertanding. Dikala itulah
timbulnya cerita-cerita yang kerajaan PAS gadai negeri kapada Singapura, kemudian cerita-
cerita ini masuk dalam kepala rakyat dan mereka yang menciptakan isu-isu ini pun
setengahnya telah meninggal dunia, maka akhirnya rakyat undi mereka dan mereka telah
menang. Sesudah mereka menang, kita sangka dah tebus, tapi tidak lagi. Buktinya, kita kena
bayar ganti rugi 800 juta. Mereka tipu kita, ni wang ihsan nak tipu lagi".

Didipaparkan maklumat-maklumat yang diterima;
MASALAH PERJANJIAN MELIBATKAN KAWASAN HUTAN 350 RIBU EKAR ANTARA
KERAJAAN KELANTAN DAN TIMBER & MINE CORPORATION.

1. Menjelang pilihanraya umum 1964 pihak pembangkan telah menuduh kerajaan negeri
Kelantan telah mengadai tanah hutan seluas 350 ribu ekar kapada sebuah syarikat Singapura
yang bernama Timber & Mine Industrial Corporation.

2.Fitnah ini bagaimana pun gagal mempengaruhi rakyat apabila PAS terus mengeklkan
kemenangan untuk mentadbir negeri Kelantan dalam pilihanraya umun 1964.

3.Hakikatnya tindakan kerajaan negeri sebenarnya bagi menguruskan khazanah negeri
untuk kepentingan rakyat termasuklah pembinaan Jabatan Sultan Yahya Putra, Pembinaan
Stadium Sultan Mohammad ke IV, mengerakkan program pembukaan tanah pertanian untuk
rakyat, mengemaskinikan gaji dan kedudukan guru-guru agama, pembesaran Pusat Pengajian
Tinggi Nilam Puri dan menghantar pelajar Kelantan keluar negeri.

4.Perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat Timber & mine Corporation
pada dasarnya menonjolkan satu dasar yang pratikalyang akhirnya satu kaedah yang menyeluruh di kawasan projek yang hendak dibawah rancangan pembukaan tanah atas nama
apa sahaja, kawasan itu hendaklah terlebeh dahulu dikeluarkan semua kayu kayan dan hasil
hutan yang berharga. Lebih-lebih lagi apabila rancangan pembukaan tanah semakin rancak
dan meluas dengan pesatnya dan tidak dimasuk kira sebagai salah satu projek Rancangan
Pembangunan Luar Bandar.

5.Persetujuan yang terkandung dalam perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan sebagaimana
semestinya dalam erti kata untuk memenuhi semua syarat yang terkandung dalam perjanjian
tersebut, Namun begitu kerajaan negeri telah mendapat sejumlah besar 'royalti' disamping pembukaan tanah secara besar-besaran dalam kawasan berkenaan dibawah kelolaan Lembaga
Kemajuan Tanah Negeri Kelantan.

6.Kerajaan Pusat telah membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan dengan suatu tuduhan
bahawa kerajaan negeri Kelantan telah menggadai sejumlah kawasan yang luas kapada sebuah
syarikat asing. Mahkamah Tinggi Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perjanjian
yang dibuat itu bukanlah satu penggadaian, ia itu tanah tersebut bukan digadai, malah merupakan perjanjian biasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi memajukan rancangan
pembukaan tanah. Itulah maka Mahkamah telah memberikan pandangan tentang adanya
syarat-syarat dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri membatalkan perjanjian
itu sekiranya pihak syarikat melanggarnya. Perkara tersebut terkandung dalam Malaysian
Law journal, 1968 Vol. 2, muka surat 129.

7.Akibat syarikat melakukan pelanggaran syarat, kerajaan negeri telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas untuk mengkaji perjanjian tersebut dengan tujuan sekiranya pelanggaran
syarat oleh syarikat termaklum begitu serius maka kajian itu juga akan mengambil apa jua
langkah yang munasabah untok membatalkannya.

8. Jawatankuasa ini akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan perjanjian tersebut.
Keputusan ini bagaimana pun tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal sehingga
pilihanraya 1974 dan kerajaan bertukar pimpinan kapada Datuk Haji Muhammad Bin Nasir.

9. Pihak kerajaan negeri bawah pimpinan baru meneruskan usaha pembatalan ini dan pelbagai
langkah diambil termasuk menyerahkan 30,000 ribu ekar kawasan terbabit kapada FELDA.

10. Walaupun pihak Exco kerajaan Kelantan tidak bersetuju, atas kehendak Tun Ab Razak
sebagai Perdana Menteri telah meminta agar kerajaan Kelantan mengadakan rundingan
untuk membayar sagu hati kapada syarikat tersebut dan mengetepikan hasrat asal untuk membuat penyelesaian diMahkamah.

11. Sesudah beberapa kali mengadakan rundingan, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju
menyelesaikannya. Pihak syarikat Timber & Mine telah bersetuju menerima wang sagu hati
atau imbuhan sebanyak 3.5 juta ringgit dan wang itu telah dipijamkan oleh kerajaan
Persekutuan kapada kerajaan negeri. Masalah ini boleh dianggap telah selesai. Tetapi segolongan kecil daripada kalangan yang bertentangan tidak habis-habis menabur fitnah untuk melemahkan kerajaan negeri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...