Showing posts with label Umno-BN Melindungi Syarikat Besar Milik Kroni. Show all posts
Showing posts with label Umno-BN Melindungi Syarikat Besar Milik Kroni. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Harga Barang Naik, Umno-BN Melindungi Syarikat Besar Milik Kroni


Harga Barang Naik: Umno Pertahan Kroni, Potong Subsidi Rakyat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar Umno-Barisan Nasional(BN) kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

Selain petrol, turut dinaikan harga adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan,” kata Anwar.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” tambah beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...