Showing posts with label Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu- Dr Aziz Bari. Show all posts
Showing posts with label Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu- Dr Aziz Bari. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu- Dr Aziz Bari


“Pada saya itu menunjukkan perubahan minda di kalangan orang Melayu khususnya generasi sekarang yang tidak lagi melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan mereka.
“Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu,” kata pakar perlembagaan itu.

Artikel penuh kenyataan Aziz Bari ..
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Malah menurut Aziz,  orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...