Tidak timbul langsung dilema melayu di sisi Islam. Justeru itu Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai kebaikan, kedamaian serta kemakmuran di dunia hingga ke akhirat. Umno seharusnya, terimalah perjuangan Islam dan tinggallah perjuangan sekular yang tidak bererti. Bila tolak Islam bererti kita menolak agama kita sendiri. Kita mengakui yang kita muslim tapi kita tidak menerima Islam sebagai rujukan kita. Akibat tidak mengamalkan kebaikan ajaran Islam maka timbullah bermacam-macam dilema terhadap orang melayu itu sendiri .
Baca seterusnya di bawah ini ...
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada “Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.”
Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa
dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.
Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Umno Sesatkan Bangsa. Show all posts
Showing posts with label Umno Sesatkan Bangsa. Show all posts
Friday, February 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)