Showing posts with label Tidak Gunanya Berdebat Dengan Mohd Nor Yang tidak Ada Apa-Apa Jawatan Dalam Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Tidak Gunanya Berdebat Dengan Mohd Nor Yang tidak Ada Apa-Apa Jawatan Dalam Kerajaan. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Tidak Gunanya Berdebat Dengan Mohd Nor Yang tidak Ada Apa-Apa Jawatan Dalam Kerajaan


Mohd Nor Deris tidak layak nak berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz. Apa untungnya berdebat dengan orang yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti atau kerajaan. Orang yang lebih layak berdebat dengan Tok Guru hanyalah orang yang mempunyai pengaruh dan jawatan dalam kerajaan sebagaimana  Mufti.  Jadi apakah untungnya perdebatan itu diadakan antara Tok Guru Nik Aziz dengan Mohd Nor Idris sedangkan beliau bukanlah orang yang berpengaruh yang boleh menentukan dasar pemerintahan dan perkembangan Islam di negara ini. Mungkin Mohd Nor sengaja nak cari publisiti murahan dalam politik. 
Sambung baca di bawah ini....
Kota Bharu - Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini.

Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...