Tukar Kerajaan : Peneroka Jangan Takut Ugutan
Rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar berhak memilih pemimpin yang terbaik dan tidak perlu takut dengan sebarang ugutan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata (gambar), proses pilihanraya membenarkan rakyat berbuat demikian bagi memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab dan mampu membela rakyat.
"Jangan takut untuk menukar kerajaan. Orang Pulau Pinang tak ada yang mati hanya kerana tukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Tak ada orang Selangor yang tak cukup vitamin kerana tukar kerajaan. Jangan rungsing jangan resah untuk tukar kerajaan. Jangan terpengaruh dengan ugutan pemimpin Umno. Rakyat ada hak untuk memilih," katanya ketika berucap di Felda Jengka 20, dekat sini, malam tadi.
Beliau menggesa demikian agar masyarakat luar bandar termasuk peneroka, berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Tidak Ada yang Mati Tukar Kerajaan BN Kepada Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Tidak Ada yang Mati Tukar Kerajaan BN Kepada Pakatan Rakyat. Show all posts
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)