
DARI JELEBU : Hishamuddin Rais
Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto!
Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib diikuti.
Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhanChina yang ditangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur