Showing posts with label Sultan Kelantan lucut dua pingat darjah kebesaran Tengku Razaleigh. Show all posts
Showing posts with label Sultan Kelantan lucut dua pingat darjah kebesaran Tengku Razaleigh. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Sultan Kelantan lucut dua pingat darjah kebesaran Tengku Razaleigh

Kota Bharu - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada tokoh politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).

Pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, malam ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

Mohd Aiseri juga mengumunkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...