
Saya Tak Mahu Speaker Dewan Dibeli Umno-BN
Hazayani Zakaria
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar meminta penjelasan berhubung hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri.
Usul di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) itu dibawa oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).
Beliau dalam sidang media sejurus keluar dari dewan, mempersoal keputusan Pandikar yang didakwa bercanggah dengan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 22 April lalu.
"Keputusan Tan Sri Speaker ini melanggar keputusan yang dibuat beliau sendiri pada 22 April 2010 dalam hansard di mana Tan Sri Speaker menegaskan bahawa seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa akan diberikan hak untuk memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksi.