Showing posts with label Siasat Menyeluruh Terhadap Kesalahan Rasuah Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Siasat Menyeluruh Terhadap Kesalahan Rasuah Khir Toyo. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Siasat Menyeluruh Terhadap Kesalahan Rasuah Khir Toyo


LHDN Digesa Siasat Khir Toyo - Faekah
Kerajaan Selangor menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat Datuk Seri Dr Khir Toyo berhubung hasil kesalahan rasuah yang didakwa keatasnya.

Faekah Husin
Ini kerana menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dakwaan yang dikenakan ke atas Khir Toyo sekarang tidak menggambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan Menteri Besar Selangor itu.


"Ia juga tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah.
Jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada Umno," katanya dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan.

Langkah ini perlu, apatah lagi kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan, katanya.

Menurut Faekah, siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...