Showing posts with label Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh. Show all posts
Showing posts with label Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh

            Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri
         Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...