Tarik Subsidi Kroni, Bukan Rakyat
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) terkejut dengan pengumuman kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.
Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, kenaikan berkuatkuasa hari ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.
Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan.
“Persoalannya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19 bilion tidak dipotong?
“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM5 bilion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya.
“Kenapa kos permulaan penubuhan Pemandu di bawah JPM berjumlah RM66 juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya.
Sepatutnya, kata beliau pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan tarik hak rakyat marhaen