Ekspo: Husan Cabar Awang Adek Kemuka Bukti
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang mendakwa sejumlah RM10 juta wang negeri dibelanja bagi kegunaan Ekspo Cheng Ho yang diadakan baru-baru ini.
Husam berharap Awang Adek dapat membuktikan sejumlah wang tersebut dan sekiranya ia tidak dapat dibuktikan beliau akan mengambil tindakan seterusnya.
“Saya hairan macam mana dia dapat angka tersebut dan bagi pihak kerajaan penganjuran ekspo tersebut amat berjaya dan adalah jahil sekiranya beliau mengatakan hanya sebagai pameran sejarah semata-mata dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negeri,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis Pecah Tanah Dataran Rakyat di Bandar Baru Tunjong yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Konvensyen Kelantatan Trade Centre hari ini.