Zuraida Kamaruddin |
Tindakan ganas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menahan dan memukul peserta demonstrasi perhimpunan aman bantah kenaikkan harga air di Lembah Kelang, Ahad lepas mencalar integriti dan kredibiliti Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dalam kenyataannya berkata insiden sikap "double standard" itu membuktikan Ismail gagal melaksanakan tugasnya dan tindakan itu turut menguatkan dakwaan institusi kerajaan, termasuk PDRM dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah diperkudakan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.

"Rekod buruk pertama Ketua Polis baru ini membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap "double standard" dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusikerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN-Umno," ujar beliau.