Umno kehabisan modal politik. Setelah isu liwat direka ciptakan Umno untuk menjatuhkan imej Anwar, kini mereka ciptakan pula cerita donggeng menuduh Anwar sebagai pengganas. Selagi nama itu Anwar Ibrahim, maka cerita-cerita karut itu akan terus dicipta dan direka hanya untuk menghancurkan karier politiknya sehingga nama Anwar Ibrahim jadi trauma kepada Umno. Segala cerita dan tuduhan karut itu dicipta kerana takut pada Anwar. Untuk berdepan secara demokratik atau berdebat dengan Anwar jauh sama sekali. Sampai kiamat pun Umno takut pada nama Anwar Ibrahim. Terpaksa mereka cipta Anwar sebagai pengganas supaya rakyat menolaknya. Itu yang sebenar-benarnya. Walaupun begitu ujian itu diharapkan dapat membakar semangat Anwar untuk meneruskan perjuangan politiknya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak khuatir sekiranya beliau disiasat polis atas dakwaan mempunyai hubung kait dengan kumpulan pengganas antarabangsa seperti yang didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien.
Bahkan dakwaan yang dirujuk melalui laporan CNN itu secara rasmi sudah dinafikan oleh agensi berita antarabangsa berkenaan.
Justeru ujar Anwar, siasatan yang ingin dilakukan kerajaan Malaysia ke atas dirinya,adalah usaha terancang untuk menjatuhkan imejnya.
Lantaran itu ujar Anwar, walaupun ujian sentiasa menghujani karier politiknya sehingga disabitkan dengan pelbagai gelaran,ia diambil sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan.
" Saudara stay put,masalah ada, mesti ada, ada lagi ujian, mesti ada,serangan di Selangor, ada, saya beritahu Tan Sri Khalid, stay put, kuatkan kerja, jentera,kita pertahan.