Jika dilihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari kezaliman Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis. Rakyat Mesir dinafikan hak sebagai sebuah negara demokrasi, ditekan serta ditindas tanpa boleh bersuara. Rakyat Mesir juga mahukan demokrasi yang sebenarnya. Begitu juga hakikatnya rakyat Malaysia yang mahukan demokrasi dilaksanakan serta keadilan dan kebebasan bersuara mengikut perlembagaan. Jika ruang demokrasi dipancung, maka suatu hari nanti kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL akhirnya akan menghadapi nasib yang sama ditangan rakyat sebagaima apa yang berlaku di Mesir.
Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.
"Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.
Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis.
"Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Najib Harus Sokong Rakyat Mesir Jika Benar Dahulukan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Najib Harus Sokong Rakyat Mesir Jika Benar Dahulukan Rakyat. Show all posts
Friday, February 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)