Showing posts with label Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?. Show all posts
Showing posts with label Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia? -Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

  
Jika sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, keadilan dilenyapkan, gunakan hukum rimba, demokrasi ditonjolkan bagi menunjukkan kepada dunia luar mereka juga negara bebas dan adil. Tapi apabila pilihanraya diadakan, hanya parti mereka sahaja yang boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang tidak boleh bersuara, ditekan. Pemimpin pembangkang dipenjara, diugut dengan mengunakan polis. kini pemimpin itu akan menunggu saat untuk tumbang. Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat yang akan menentukan segala-galanya.

Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran. Revolusi kini mengakar ke Yaman, Jordan dan menghampiri beberapa negara Arab. Tunisia bagaikan domino pertama yang menumbangkan pemerintah, dan diekori oleh negara-negara Arab yang lain.

Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga negara yang bebas dan adil. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...