Showing posts with label Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS

 
          Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar pemimpin UMNO-Barisan Nasional kerana menabur fitnah kononnya PAS menukar matlamatnya semata-mata untuk mengikut rentak DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
          Beliau menegaskan konnsep negara kebajikan yang diperkenalkan dalam Muktamar PAS kali ke-57 adalah berteraskan Islam dan sekaligus membanteras maksiat serta penyelewengan yang kini berleluasa di bawah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional.
          Jadi apabila kita sebut negara berkebajikan dan PAS mendokong dasar Islam, sudah tentulah negara itu berdasarkan kepada Islam," tambah Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas Muktamar PAs ke 57.

Beliau berkata DAP dan PAS mempunyai prinsip perjuangan yang dipersetujui dalam konsesus Pakatan Rakyat dan tidak timbul soal parti Islam itu dipaksa untuk menerima buah fikiran DAP.

"Walaupun bunyi menentang rasuah dan penyelewengan sama nada dengan DAP tidak beerti kita terpengaruh dengan DAP sebab itu adalah slogan bersama yang dipanggil slogan umum yang tidak mahu perkara-perkara itu dan bukan kita diperalatkan oleh DAP."

Dalam reaksi spontan kepada kemenangan Mohamad Sabu semalam, media kawalan Umno dan pemimpin parti itu mendakwa PAS kini di bawah telunjuk PKR dan DAP dan semakin meminggirkan golongan ulama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...