Showing posts with label Laporan Wikileaks - Najib Bimbang Jika BN Tumbang Beliau Akan diDakwa Di Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Laporan Wikileaks - Najib Bimbang Jika BN Tumbang Beliau Akan diDakwa Di Mahkamah. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Laporan Wikileaks - Najib Bimbang Jika BN Tumbang Beliau Akan diDakwa Di Mahkamah


Wikileaks: Najib Silap Catur Media Umno
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang beliau akan didakwa di mahkamah.

Apatah lagi, negara digemparkan dengan dakwaan skandal pembabitan perdana menteri itu dengan kes pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Presiden Umno itu juga katanya cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan terhadap Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa wikileaks juga mendedahkan isu masa depan Najib dengan skandal pembunuhan Altantuya tidak lama dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...