Showing posts with label Khalid mahu PM segera bubar Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Khalid mahu PM segera bubar Parlimen. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Khalid mahu PM segera bubar Parlimen, Selangor siap PRU 13

MB

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasratnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai inisiatif supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan segera tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

“Inisiatif saya ini akan mengerakkan Perdana Menteri untuk tarikh pilihan raya. Penekanan saya (untuk mengadakan) pilihan raya secepatnya sebab kita hampir melengkapkan penggal.

“Saya tak nak rakyat terunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan. Ia isu strategik. Ini (kelewatan pilihan raya menyebabkan) pembaziran masa, sumber manusia dan memperbanyak spekulasi,” katanya pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...