Showing posts with label Ketuanan Melayu - Mengunakan Nama Islam Lebih Baik Dan Boleh Diterima Semua Bangsa. Show all posts
Showing posts with label Ketuanan Melayu - Mengunakan Nama Islam Lebih Baik Dan Boleh Diterima Semua Bangsa. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Ketuanan Melayu - Mengunakan Nama Islam Lebih Baik Dan Boleh Diterima Semua Bangsa


Islam Lebih Besar : Nik Aziz


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep ketuanan Melayu di negara ini.

Menurutnya, memperteguh agama Islam adalah lebih penting berbanding mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

“Menggunakan nama Islam ini lebih mustahak dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan permasalahan. Bangsa Cina atau India dan sebagainya yang masuk Islam boleh menerima agama ini berbanding ketuanan Melayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...