Showing posts with label Kerajaan Tidak Boleh Salah Pada Peniaga. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Tidak Boleh Salah Pada Peniaga. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Jika Harga Barang Naik, Kerajaan Tidak Boleh Salah Pada Peniaga


Bawa Barang Guna Minyak, Bukan Air Liur
PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...