Showing posts with label Kemerosotan Sokongan Pengundi Muda. Show all posts
Showing posts with label Kemerosotan Sokongan Pengundi Muda. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Kemerosotan Sokongan Pengundi Muda, Umno-BN Akan Kehilangan Banyak Kerusi Di PRU 13

PRU 13: BN Mungkin Hilang Banyak Kerusi , Ramal The Economist

The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar - yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat.

Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam.

Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya “sukar” kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa.


Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...