Jika ajakan ini direstui bersama, memang Khairy anak jantan
Hasrat PAS Kelantan untuk mengadakan sesi debat bagi menggesa agar dikaji semula fakta sejarah kemerdekaan negara, disahut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Beliau dilaporkan menyatakan kesediaannya itu menerusi laman sosial Twitternya semalam.
Sesi debat itu dijangka akan diadakan pada akhir bulan ini di Balai Islam, Kota Baru.
Bagaimanapun jemputan debat itu tidak dapat dipastikan disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam atau dari kerajaan negeri Kelantan, memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan negeri.

