Showing posts with label KEADILAN sasar 60 ribu ahli hadir himpunan Bersih 9 Julai ini. Show all posts
Showing posts with label KEADILAN sasar 60 ribu ahli hadir himpunan Bersih 9 Julai ini. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

KEADILAN sasar 60 ribu ahli hadir himpunan Bersih 9 Julai ini


            Ahli dan pimpinan KEADILAN diarah untuk menggerakkan jentera parti dengan sasaran 60 ribu ahlinya hadir pada perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, kata Naib Presiden Tian Chua.
            “Kita akan mengeluarkan arahan rasmi kepada Cabang-cabang dan Ranting KEADILAN di seluruh negara supaya ahli kita memberikan sokongan kepada perhimpunan ini,” 

“Sasaran terbaik kita ialah separuh daripada keseluruhan ahli kita yang hadir,” katanya kepada Keadilandaily.

KEADILAN mempunyai 410,000 ahli di 209 buah Cabang di seluruh negara.

“Semua pimpinan KEADILAN yang diundang berceramah di mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat mesti mengingatkan hadirin supaya memberi sokongan dan hadir pada himpunan tersebut,” kata Tian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...