Sifat hipokrit Umno jelas ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang, dimana Umno gagal untuk menegur pemimpin-pemimpin MCA yang jelas menghina serta menyerang Islam hanya untuk menakutkan pengundi Cina terhadap PAS, namun begitu pengundi Cina tetap kekal bersama PAS. Justeru itu , Tok Guru Nik Aziz lebih konsistem dengan pegangannya bahawa Islam adalah segala-galanya untuk menyelesaikan masalah negara. Pemimpin-pemimpin Umno melayu Islam tiada hak untuk menolak Islam dalam pemeritahannya
Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew.
Mahathir, tiba-tiba ingin muncul sebagai hero membela Islam dalam menghentam Kuan Yew, yang baru menerbitkan buku terbarunya bertajuk 'Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going' menyeru umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut, selain mengkritik cara Mahathir melayani pengganti-penggantinya selepas bersara menjadi Perdana Menteri.
Nik Aziz, bagaimanapun enggan terlibat dalam pertengkaran dua pemimpin tersebut, dengan mengatakan bahawa ada orang Melayu-Islam yang turut menolak Islam.
“Kuan Yew hanya cakap jangan pegang Islam kuat sangat berbanding dengan orang Melayu di negara kita yang buang semua (Islam) dan ambil kebangsaan,” Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Islam Mahathir Dengan Islam Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Islam Mahathir Dengan Islam Nik Aziz. Show all posts
Wednesday, February 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)