Showing posts with label Gelombang Merah. Show all posts
Showing posts with label Gelombang Merah. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Gelombang Merah, Rakyat Kelantan Makin Matang


Disebabkan kehilangan sokongan, Umno Kelantan melancarkan gelombang merah untuk mendapatkan sokongan pengundi muda. Oleh kerana  ketandusan idea, mereka mengambil kesempatan mengunakan anak-anak muda dari "The Red Worrior", kumpulan penyokong pasukan bolasepak Kelantan. Tindakan mereka seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan Kelantan dalam menjuarai Piala Malaysia untuk mencari pengaruh baru dalam politik. Mereka gunakan bolasepak untuk kepentingan politik dengan membawa Piala Malaysia ke program parti, biar pun Piala Malaysia bukan milik Umno tapi milik keseluruhan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan samada ahli Pas atau Umno jadikan "The Red Worrior" penyokong setia bolasepak negeri Kelantan bukan menyokong mana-mana pemimpin politik. Jangan jadikan bolasepak untuk kepentingan politik.  Ini melambangkan Umno ketandusan modal untuk menarik sokongan rakyat Kelantan menyokong mereka, kecuali mengunakan bolasepak sebagai platform politik sempit mereka. 

Rakyat Kelantan kini semakin matang dan tidak akan tertipu berhubung pelancaran gelombang merah oleh Umno Kelantan dalam usaha mendapatkan kepercayaan pengaruh pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang.


Menurut Exco Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Patah Mahmood, tindakan Umno mempolitikkan warna merah akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada Umno memandangkan merah putih merupakan warna bendera Kelantan.

“Sebenarnya, bagi kita bila Umno mempolitikkan warna bendera dan sebagainya, kita rasa ia akan menjadi 'backfire' kepada diri dia sendiri. Kita harap rakyat Kelantan tidak tertipu dengan pelancaran gelombang merah yang dilancarkan. Bagi kita, negeri Kelantan mempunyai warna bendera merah dan putih,” katanya.

Abdul Fatah menambah, tindakan Umno seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan pasukan bola sepak negeri itu yang digelar 'The Red Worrior' yang berjaya merangkul Piala Malaysia baru-baru ini

Sunday, February 6, 2011

Gelombang Merah, Angan-Angan Mat Jenin Dan Pak Pandir


Tok Pa ajak anak muda supaya melakukan perubahan di Kelantan. Cuba Tok Pa renungkan sejenak, perubahan untuk apa..? Untuk dapatkan tender, projek atau untuk kepentingan diri..? Tapi Tok Pa lupa, sebelum melakukan perubahan di Kelantan, Tok Pa seharusnya lakukan perubahan pimpinan Umno terlebeh dahulu. Ramai dikalangan mereka yang bergelombang dengan rasuah, masih lagi Tok Pa kekal sebagai pemimpin dalam Umno. Jika Tok Pa pentingkan perubahan demi rakyat Kelantan, kenapa Tok Pa tidak ambil tindakan terhadap mereka semua.  Rasuah adalah perkara yang jijik disisi Islam. Jika tidak, selagi itulah Umno dilihat sebagai sebuah parti yang jadi pelindung kepada perasuah. Sepatutnya pemimpin-pemimpin inilah yang harus Tok Pa beri perhatian sebelum melakukan perubahan terhadap Kelantan.
Baca seterusnya di bawah ini...
PAS berpendapat hasrat BN merampas semula Kelantan dengan pelancaran Gelombang Merah bagi memikat sejumlah besar anak muda negeri itu sebagai angan-angan Mat Jenin.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata beliau yakin anak muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi sukar menerima BN yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara sejak lebih 50 tahun lalu.

"PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda Kelantan hanya angan-angan mat jenin sahaja.

"Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelancaran projek Gelombang Merah oleh Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Umno mensasarkan 400,000 belia Kelantan akan bersama mereka pada PRU itu nanti.

Strategi tersebut juga dilihat sama sewaktu Gelombang Biru yang dilancar Umno Terengganu pada tahun 2004 untuk merampas kerajaan negeri yang pada waktu itu diterajui PAS.

Kata Idris lagi, orang Kelantan juga sangat sukar untuk menerima Umno BN ekoran beberapa fakta diskriminasi oleh kerajaan pusat ke atas negeri itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...