Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno ‘Hidup Melayu’ perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat’.
Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.
Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).
Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
“Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.
“Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja,” ujarnya.
Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.